PUTRAJAYA: Seorang pegawai kanan polis yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM42 juta oleh Mahkamah Rayuan bagi kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM3.35 juta, diberi peluang untuk merayu sekali lagi.
Ini setelah panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said membenarkan permohonan semakan oleh Mohd Ismail Syed Merah, 59.
Kamaludin, yang bersidang bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin, kemudian menetapkan 20 Dis untuk pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar untuk rayuan Mohd Ismail.
Pada 22 Mac lepas, panel hakim Mahkamah Rayuan berbeza, diketuai oleh Datuk Has Zanah Mehat, menolak rayuan Mohd Ismail, yang berpangkat DSP, terhadap sabitannya dan hukuman penjara.
Panel hakim itu juga meningkatkan hukuman penjara Mohd Ismail daripada empat tahun kepada 10 tahun serta memerintahkan dia membayar denda RM42 juta dan penjara 48 bulan jika gagal membayarnya selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Susulan keputusan panel Mahkamah Rayuan sebelum ini, Mohd Ismail memfailkan permohonan semakan di bawah Peraturan 105 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 memohon mahkamah mendengar semula rayuannya.
Terdahulu, peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili pegawai polis itu berkata, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah menggunakan imbangan kebarangkalian iaitu beban pembuktian yang lebih rendah apabila mensabitkan Mohd Ismail atas pertuduhan tersebut.
Beliau berkata, panel Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan unsur-unsur pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Mohd Ismail atas imbangan kebarangkalian dan bukannya melampaui keraguan munasabah yang merupakan beban pembuktian yang lebih tinggi yang biasanya digunakan dalam kes jenayah.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang dibantu oleh TPR Mohd Fairuz Johari, berhujah bahawa Mohd Ismail gagal memenuhi keperluan untuk semakan dan semua isu telah didedahkan oleh panel Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Mohd Ismail didakwa atas lima pertuduhan pertama menggunakan wang yang diperoleh daripada aktiviti menyalahi undang-undang, masing-masing melibatkan RM10,143.37; RM40,000; RM6,283.09; RM993,716.91 dan RM500,000, untuk membeli dan menambah pelaburan dalam Pelan Perlindungan Insurans Takafullife dan Pelan Takafulink yang didaftarkan di bawah nama anak perempuannya, Nur Aqillah Mohd Ismail.
Dua lagi pertuduhan ialah melakukan pengubahan wang haram, membabitkan RM499,620 dan RM29,950, menggunakan akaun pihak ketiga milik seorang Tan Kim Tee.
Mohd Ismail dituduh melakukan kesalahan itu di Bangunan MAA Takaful, Jalan Tun Razak, Johor Bahru dan di dua premis bank iaitu RHB dan CIMB di Jalan Rahmat dekat Batu Pahat, Johor antara 4 Sept 2014 dan 28 Dis 2015.
Mohd Ismail menghadapi lapan pertuduhan memiliki RM1.27 juta dan 8,178,000 rupiah di rumahnya yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Pada 2019, Ismail dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas semua pertuduhan pengubahan wang haram. Bagaimanapun pada 2020, Mahkamah Tinggi mensabitkannya atas semua pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan yang duperintahkan berjalan serentak. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022
Seorang pegawai kanan polis yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM42 juta oleh Mahkamah Rayuan bagi kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM3.35 juta, diberi peluang untuk merayu sekali lagi.
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
JSJ sokong siasatan SPRM terhadap pegawai kanan polis
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana salah laku oleh warga PDRM.
SPRM tahan pegawai kanan polis lindung aktiviti haram
SPRM menahan seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat melindungi aktiviti haram.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Wanita dakwa ditolak teman lelaki ketika bertengkar
Pegawai kanan polis itu mempunyai satu kes jenayah yang masih dalam siasatan melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dalam kejadian di daerah Timur Laut.
Caprice beri keterangan kes video tular pelajar maut dilanggar pegawai kanan polis
Caprice selesai memberi keterangan dipercayai berhubung tindakannya memuat naik video reaksi berkaitan insiden seorang pelajar sekolah maut dilanggar kenderaan dipandu pegawai polis.
MCMC ingatkan orang ramai tidak sebar gambar, kandungan pelajar maut dilanggar
MCMC dalam kenyataan malam ini memaklumkan tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tiada 'double standard' dalam pendakwaan pegawai kanan polis - Timbalan KP Perak
Datuk Azizi Mat Aris berkata, kawalan tersebut merupakan prosedur biasa membawa orang kena tuduh ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan.
Pegawai polis terlibat kes langgar pelajar akan ditahan kerja - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husin berkata pegawai itu akan ditahan kerja sebaik sahaja didakwa di mahkamah esok.
Kes pelajar dilanggar: Ujian air kencing pegawai kanan polis negatif dadah
Sampel ujian air kencing pegawai polis yang ditahan berhubung kes kematian pelajar lelaki akibat dilanggar dan diseret kereta adalah negatif dadah.
'Mohammad Zaharif bersiap untuk solat Jumaat sebelum dilanggar'
Menjadi rutin adik bongsunya berkumpul bersama rakan setiap Jumaat setelah habis waktu sekolah di hadapan masjid sementara menunggu waktu solat.