MELAKA: Seorang pegawai operasi sebuah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata dan mencederakan dua warga emas.
Muhd Marwan Rohani, 35, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompakan bersama seorang lagi yang masih bebas mengambil beg duit milik Gue Boon Guan, 65, dan Gan Chuei Lan, 66, menyebabkan kerugian berjumlah RM400.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Pantai Emas 11,Taman Pantai Emas, Melaka pada jam 10.45 malam 29 April lalu.
Difahamkan, Muhd Marwan menggunakan sebatang kayu besbol hingga mencederakan kedua-dua mangsa.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan selain menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan tidak boleh mendekati kedua-dua mangsa.
Mahkamah turut menetapkan 26 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 26 2023
Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam. - Gambar/ Sinar Harian
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Pekerja besi buruk dipenjara enam tahun, satu sebatan rompak wanita warga Jepun
Akibat merompak seorang wanita warga Jepun dan menggunakan kad bank mangsa untuk membeli empat paket rempah kari, seorang pekerja besi buruk dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan.
Pegawai operasi didakwa rompak, cedera warga emas guna kayu besbol
Seorang pegawai operasi sebuah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata dan mencederakan dua warga emas.
Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas dirompak
Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas berdepan detik cemas apabila barangan bernilai lebih RM1 juta yang dibawa mereka dirompak di belakang sebuah kedai emas.
Polis buru suspek rompak kedai Bulgari di Paris
Kedai Bulgari itu terletak di Place Vendome dan telah menjadi sasaran perompak sebelum ini.
Dua mengaku salah rompak, menyamar polis, heret mangsa guna motosikal
Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan merompak seorang lelaki dengan mengheretnya menggunakan motosikal dan menyamar sebagai pegawai polis.
Penganggur didakwa bunuh warga emas
Tertuduh didakwa telah membunuh Misah Amin, 91, di Kampung Pulai Darat, kira-kira jam 1.30 pagi pada 20 Januari lalu.
Elak bayar hutang, pelajar kolej buat laporan palsu kononnya dirompak
Remaja berumur 19 tahun itu membuat laporan polis mendakwa dirinya dirompak tiga lelaki bersenjata di sekitar Petaling Jaya.
Rompak RM65 di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara, sebat
Tindakan dua rakan merompak wang tunai RM65 dari sebuah kedai serbaneka membawa padah apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Lelaki rompak, bakar kedai ditahan
Ketika tangkapan dibuat, suspek telah bertindak agresif dan berlaku pergelutan di antara suspek dan pihak polis.
Dua beradik guna pistol mainan samun kedai 24 jam dicekup
Kegiatan dua beradik yang aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah Kuala Muda sejak tiga minggu lalu akhirnya kecundang apabila mereka dicekup polis.