SUNGAI PETANI: Kegiatan dua beradik yang aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah Kuala Muda sejak tiga minggu lalu akhirnya kecundang apabila mereka dicekup polis.
Perbuatan dua beradik berkenaan terbongkar apabila mereka ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Ahad minggu lalu, selepas 16 jam melakukan samun di sebuah kedai serbaneka.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, sebelum itu seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam membuat laporan kedai tempat dia bekerja di Taman Setia Budi di sini disamun pada 1.30 pagi.
“Ketika itu mangsa yang sedang bertugas di kaunter didatangi seorang lelaki yang ketika itu mahu membayar barang dibelinya.
"Sewaktu mangsa hendak memulangkan baki, suspek secara tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke arah mangsa dan terus mengambil semua wang di dalam laci kaunter yang berjumlah RM100 lalu terus melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini.
Zaidy berkata, polis telah melancarkan operasi berjaya mengesan dan menahan dua lelaki pada jam 5.30 petang hari yang sama selepas melakukan serbuan di tepi Sungai Pinang Tunggal, Tikam Batu.
Katanya, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek merupakan pasangan adik beradik.
Pasangan itu masing-masing berusia 23 dan 26 tahun itu tidak bekerja dan menjalankan aktiviti samun untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.
“Hasil siasatan lanjut abang memberitahu dia membeli pistol mainan itu untuk menakutkan mangsa ketika menyamun manakala adiknya akan menunggu di luar premis dan akan memecut motosikal selepas selesai menyamun," ujarnya.
Menurut Zaidy, semakan rekod mendapati motosikal yang digunakan suspek dilaporkan hilang pada hari sama mereka melakukan kegiatan samun itu.
Katanya, dengan penangkapan kedua-dua suspek pihaknya dapat menyelesaikan satu kes khianat serta satu kes curi motosikal.
Polis turut merampas sepucuk pistol mainan hitam, beg pinggang biru, peralatan mencuri motosikal dan tiga plastik lutsinar mengandungi syabu seberat 2.62 gram.
Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine.
Kedua-dua suspek telah direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jul 03 2022
Polis turut merampas sepucuk pistol mainan hitam, beg pinggang biru, peralatan mencuri motosikal dan tiga plastik lutsinar mengandungi syabu seberat 2.62 gram. - Foto Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Israel rompak 100 lori bantuan makanan ke Gaza
Insiden itu dianggap misi pemberian bantuan terburuk sepanjang tempoh 13 bulan perang di wilayah bergolak itu.
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.
Rompak guna pisau tolak, lelaki dipenjara 10 tahun dan tiga sebatan
Mohammad Faizal Roslan yang tidak diwakili peguam, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya di akhir kes pembelaan.
Konvoi bantuan di Gaza diserang, dirompak tanpa pelaku dihadapkan ke muka pengadilan
Philippe Lazzarini berkata konvoi bantuan kemanusiaan juga dihalang daripada memasuki Gaza.
Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
Pekerja besi buruk dipenjara enam tahun, satu sebatan rompak wanita warga Jepun
Akibat merompak seorang wanita warga Jepun dan menggunakan kad bank mangsa untuk membeli empat paket rempah kari, seorang pekerja besi buruk dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan.
Pegawai operasi didakwa rompak, cedera warga emas guna kayu besbol
Seorang pegawai operasi sebuah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata dan mencederakan dua warga emas.
Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas dirompak
Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas berdepan detik cemas apabila barangan bernilai lebih RM1 juta yang dibawa mereka dirompak di belakang sebuah kedai emas.
Polis buru suspek rompak kedai Bulgari di Paris
Kedai Bulgari itu terletak di Place Vendome dan telah menjadi sasaran perompak sebelum ini.