awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai polis cedera ringan van bawa OKT ke mahkamah terlibat kemalangan

Bernama
Bernama
27/07/2021
14:57 MYT
Pegawai polis cedera ringan van bawa OKT ke mahkamah terlibat kemalangan
Abdul Rahim Daud berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar fail
KOTA BHARU: Seorang pegawai polis cedera ringan selepas sebuah van membawa Orang Kena Tuduh (OKT) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai ke Mahkamah Kota Bharu terlibat dalam kemalangan di Kampung Beta Hulu, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata kemalangan berlaku pada 9.40 pagi ketika kenderaan itu membawa pegawai polis lelaki tersebut bersama tiga anggota dan dua OKT untuk urusan pertuduhan di Mahkamah Kota Bharu.
"Tiba di tempat kemalangan, sebuah kenderaan jenis Toyota Inova yang dipandu oleh remaja perempuan berusia 19 tahun telah keluar secara mengejut dari simpang sebelah kiri haluan hala ke Kota Bharu seterusnya menyebabkan berlaku kemalangan.
"Akibat kemalangan itu, remaja perempuan tersebut mengalami kecederaan di bahagian kaki. Pemandu van polis tidak mengalami kecederaaan namun seorang pegawai cedera ringan di bahagian tangan kiri, manakala dua OKT juga tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Abdul Rahim Daud berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OKT kemalangan
#Kelantan
#polis
#cedera
#van
#kapung beta hulu
#Kota Bharu
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan