Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada orang awam pada 2011.
Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Zaharuddin Zainal Abidin, 46, didakwa meminta suapan RM10,000 daripada Tan Ah Eng sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Tan kerana menganjurkan judi haram di Simpang Empat dekat sini.
Tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Turus D7 (Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis didakwa melakukan kesalahan itu di bilik nombor 237 Hotel Putra Palace di sini pada Mac 2011.
Pertuduhan kedua, dia didakwa memperoleh wang tunai RM4,000 daripada Tan di bilik nombor 237 Hotel Putra Palace di sini pada Mac 2011.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.
Bagi pertuduhan pilihan yang didakwa berlaku di tempat dan masa yang sama, Ahmad Zaharuddin dituduh menerima wang tunai RM4,000 dengan tiada balasan daripada Tan, yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerjanya sebagai Ketua Cawangan D7.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Mohd Rosli Osman menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Nov tarikh sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM A Hafiizh Abu Bakar dan Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh diwakili peguam Firuz Jaffril.
Bernama
Wed Oct 15 2014
Tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Turus D7 di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pegawai polis dituduh minta dan terima rasuah
Ahmad Zaharuddin Zainal Abidin didakwa meminta suapan RM10,000 daripada Tan Ah Eng.