awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di empat negeri, Wilayah Persekutuan hingga 7 malam
Penulis antarabangsa boikot festival sastera Australia selepas aktivis Palestin Randa Abdel-Fattah digugurkan
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai Suhakam positif COVID-19, ibu pejabat ditutup 11 - 13 Mac

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2020
23:45 MYT
Pegawai Suhakam positif COVID-19, ibu pejabat ditutup 11 - 13 Mac
Suhakam menasihatkan orang ramai yang telah melawat atau berinteraksi dengan pegawainya sejak 2 Mac lalu untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah dan menjalani pemeriksaan sekiranya berasa kurang sihat.
Seorang pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) disahkan positif COVID-19 pada Rabu.
Susulan itu, ibu pejabat Suhakam di Menara TH Perdana, Kuala Lumpur, ditutup dari 11 hingga 13 Mac sebagai langkah kawalan penyebaran virus, terutama dalam kalangan pekerjanya.
"Suhakam telah dimakluman pada hari ini bahawa salah seorang ahli Suruhanjaya telah positif dijangkiti COVID-19.
"Tidak dapat dipastikan sama ada beliau telah dijangkiti pada awal bulan Mac 2020, namun demikian Suhakam telah mengambil langkah untuk mengenalpasti individu-individu yang mempunyai kontak rapat dengan beliau dan mereka dikehendaki untuk mendapatkan ujian sewajarnya," kata Suhakam dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, Suhakam turut bekerjasama rapat dengan pengurusan bangunan TH Perdana dan Kementerian Kesihatan untuk proses disinfeksi premisnya.
Pekerja Suhakam diminta bekerja dari rumah dan semua aktiviti serta program akan ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.
"Suruhanjaya menasihatkan agar orang ramai yang telah melawat atau berinteraksi dengan pegawai kami sejak 2 Mac, walaupun kemungkinan terdedah kepada virus ini adalah kecil, untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah dan menjalani pemeriksaan sekiranya anda mengalami simptom atau berasa kurang sihat.
"Segala kesulitan yang berlaku dalam menangani perkara ini amat dikesali," kenyataan itu menyebut.
Suhakam berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan perkara tersebut dari semasa ke semasa melalui laman web dan media sosial rasminya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#disinfeksi
#Ibu pejabat
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#kontak rapat
#pekerja Suhakam
#Suhakam
#Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
#tangguh aktiviti
#TH Perdana
#tutup
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan