awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawal keselamatan mengamuk: Pegawai bank maut, rakan sekerja cedera

Bernama
Bernama
17/04/2015
12:34 MYT
Pegawal keselamatan mengamuk: Pegawai bank maut, rakan sekerja cedera
Suspek berusia dalam lingkungan 40-an menggunakan pisau untuk menikam pegawai lelaki itu di bahagian leher dan muka sebelum menyerang seorang pegawai wanita. - Foto Bernama
Seorang pegawai bank maut manakala seorang rakan sekerjanya cedera akibat ditikam seorang pengawal keselamatan yang tiba-tiba mengamuk di sebuah bank di Taman Molek, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Abdul Samad Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang ketika pelanggan sedang menunggu giliran untuk berurusan di bank itu.
Menurutnya, suspek berusia dalam lingkungan 40-an menggunakan pisau untuk menikam pegawai lelaki itu di bahagian leher dan muka sebelum menyerang seorang pegawai wanita.
"Bagaimanapun, wanita itu hanya cedera dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan," kata Abdul Samad kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya suspek yang merupakan warga tempatan sempat ditahan di tempat kejadian susulan tindakan pantas orang awam memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.
"Polis anggap kes ini selesai kerana sudah berjaya menahan suspek dan senjata yang digunakan juga telah dirampas.
"Soal berapa lama dia (suspek) berkhidmat (sebagai pengawal keselamatan) dan apakah motif dia berbuat demikian, semua itu sedang disiasat dan (rakaman) kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dalam bank akan diambil untuk membantu siasatan," katanya dan menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 53, semasa kejadian, dia sedang menunggu giliran untuk berurusan dengan pegawai di kaunter bank berkenaan.
"Semasa saya datang, dia (suspek) sempat beri saya nombor giliran dan kemudian dia berlalu.
"Selepas itu, selang 10 minit saya terdengar bunyi bising di bahagian belakang sebelum pengawal itu datang ke arah kami mundar-mandir sambil memegang pisau. Semua pelanggan yang ada terkejut ketika itu dan terus lari keluar menyelamatkan diri," katanya.
Wong berkata beliau selalu berurusan di bank itu dan tidak pernah melihat suspek sebelum ini. "Mungkin dia (suspek) masih baru di sini dan dia juga tidak dibekalkan dengan apa-apa senjata api berbanding dengan seorang lagi pengawal keselamatan," katanya.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Johor Bahru
#pegawai bank
#Seri Alam
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan