Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa, peguam Ramkarpal Singh Deo akan menulis surat kepada bapa Altantuya Shaariibuu bagi mendapatkan arahan lanjut berhubung saman yang difailkan keluarga wanita itu akibat kematiannya.
Ramkarpal berkata firmanya sedang meneliti penghakiman itu dan mungkin meminda kenyataan tuntutan yang difailkan keluarga berkenaan sebelum ini.
Pada 4 Jun 2014, ibu bapa Altantuya, Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelakinya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, masing-masing berusia sembilan dan empat tahun, memfailkan saman terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri, Kpl Sirul Azhar Umar, Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan.
Dalam saman itu, keluarga Altantuya menuntut pampasan RM100 juta.
"Sebaik sahaja menerima jawapan daripada keluarga itu, kami akan failkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membuat pindaan terhadap afidavit yang diperlukan," katanya kepada Bernama di sini, pada Rabu.
Ramkarpal berkata beliau juga akan menulis surat kepada mahkamah untuk memohon dipercepatkan tarikh bagi pengurusan kes itu.
Katanya saman itu difailkan pada 2007, tetapi ditangguhkan prosidingnya sementara menunggu keputusan perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.
"Oleh kerana perkara berkaitan jenayah itu kini sudah selesai, kami berharap saman ini dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini," katanya.
Pada Rabu, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar serta menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap mereka kerana membunuh Altantuya setelah membenarkan pihak pendakwaan merayu mengenai keputusan pembebasan mereka.
Dalam kenyataan tuntutan mereka, keluarga Altantuya mendakwa kematian wanita itu mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang melayakkan mereka dibayar pampasan serta ganti rugi teladan dan teruk.
Mereka mendakwa Altantuya ditembak mati dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C-4 oleh Azilah dan Sirul Azhar, anggota Unit Tindakan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan cebisan mayat wanita itu kemudian dijumpai di satu kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam pada 7 Nov 2006.
Mereka juga mendakwa penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, bersubahat dengan dua anggota polis itu dalam pembunuhan Altantuya.
Kata mereka, Azilah dan Sirul Azhar bertindak bercanggah dengan perlembagaan dan menyalahgunakan amanah yang diberi kepada mereka sebagai anggota PDRM dan penjawat awam dalam kerajaan Malaysia.
[KRONOLOGI KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA]
Keluarga itu mendakwa akibat tindakan Azilah, Sirul Azhar dan Abdul Razak, mereka mengalami kerugian, terutama dua anak lelaki Altantuya, yang kehilangan kasih sayang ibu dan satu-satunya pencari nafkah untuk mereka.
Shaariibuu, profesor psikologi dan Altantsetseg, yang tinggal di Bayangol District, 19 horoo, Block 56, Apartment 28, Ulanbaatar, Mongolia, berkata Altantuya dibesarkan di St Petersburg, Rusia dan mendapat pendidikan di Beijing, China.
Bernama
Wed Jan 14 2015
Ramkarpal berkata firmanya sedang meneliti penghakiman itu dan mungkin meminda kenyataan tuntutan yang difailkan keluarga berkenaan sebelum ini. - Gambar Fail
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Permohonan keluarga Altantuya guna penghakiman Mahkamah Persekutuan ditolak
Sangeet Kaur berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu minggu ini dan perbicaraan kes saman itu ditetapkan Januari depan.
Peguam akan dapatkan arahan lanjut daripada keluarga Altantuya
Peguam Ramkarpal Singh Deo akan menulis surat kepada bapa Altantuya Shaariibuu bagi mendapatkan arahan lanjut berhubung saman yang difailkan keluarga wanita itu akibat kematiannya.