MALAYSIA
Peguam Negara fail rayuan berhubung pembebasan Yusoff Rawther

Mahkamah Tinggi sebelum ini mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie, termasuk kawalan dan pemilikan ke atas dadah serta senjata oleh tertuduh. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther, daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Ringkasan AI
- Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Muhammed Yusoff Rawther daripada pertuduhan mengedar dadah dan memiliki pistol tiruan.
- Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie, termasuk kawalan dan pemilikan ke atas dadah serta senjata oleh tertuduh.
- Rayuan difailkan kerana pertuduhan melibatkan hukuman berat di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Senjata, termasuk hukuman mati atau penjara seumur hidup.
"Seksyen 39B(2) Akta 234 memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 sebatan, manakala Seksyen 36(1) Akta 206 memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya," menurut kenyataan itu.
Pada 12 Jun lepas Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membebaskan Muhammed Yusoff, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya pada akhir kes pendakwaan.
Muhammad Jamil berkata berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan pemilikan ke atas dua pucuk pistol dan dadah terbabit.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami