awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam Zamani akan kemuka surat representasi kepada Peguam Negara

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2015
09:45 MYT
Peguam Zamani akan kemuka surat representasi kepada Peguam Negara
Pihak Zamani akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara Isnin ini supaya mempertimbangkan pertuduhan terhadap mereka. - Gambar Fail
Peguam mewakili penyanyi Zamani Ibrahim dan pembantu peribadinya Nur Juliana Abdul Rani hari ini memberitahu Mahkamah Majistret Ampang di sini pihaknya akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara Isnin ini supaya mempertimbangkan pertuduhan terhadap mereka.
"Surat ini bagi memohon agar Peguam Negara meneliti semula pertuduhan yang dihadapi kedua-dua anak guam saya berdasarkan fakta semasa.
"Saya failkan representasi hanya terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum di bawah Seksyen 12(3)akta yang sama", kata Ahmad Zaharil Muhaiyar di hadapan Majisret Ayuni Izzaty Sulaiman.
Ayuni Izzaty menetapkan 5 Mei depan untuk pengurusan kes.
Dalam prosiding itu juga, Zamani, 43, daripada Kumpulan Slam dan Nur Juliana, 32, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan pindaan yang dibacakan kepada mereka.
Mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis heroin dengan berat bersih 0.60 gram di No 31, Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat di sini, pada pukul 12.30 pagi, 21 Jan tahun lepas.
Nur Juliana juga didakwa mengambil dadah jenis Methamphetamine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, pada pukul 2.05 pagi pada tarikh sama.
Bagi pertuduhan memiliki dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan mengambil dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Ahmad Zaharil berkata beliau berharap Peguam Negara dapat menimbang semula pertuduhan terhadap Zamani antaranya mengambil kira keadaan positif anak guamnya yang semakin pulih sejak mendapat rawatan di sebuah pusat pemulihan dadah selain penyanyi itu sedang mengalami sakit belakang yang memerlukan rawatan perubatan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zaharil Muhaiyar
#Ayuni Izzaty Sulaiman
#Nur Juliana Abdul Rani
#Zamani Ibrahim
#Zamani Slam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan