awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong mula beroperasi di Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
10/12/2025
21:00 MYT
Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong mula beroperasi di Kuala Lumpur
Hong Kong. - Gambar fail/Xinhua/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO) di Kuala Lumpur memulakan operasinya pada Rabu, menjadikannya pejabat keempat seumpamanya di ASEAN.
Kementerian Luar berkata pembukaan pejabat itu menandakan satu detik penting yang mengukuhkan lagi hubungan kukuh dan positif antara Malaysia dan Hong Kong.
"Malaysia mengalu-alukan permulaan operasi HKETO di Kuala Lumpur pada 10 Dis," katanya dalam satu kenyataan.
Penubuhan HKETO pertama kali dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat dua hala dengan Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee Ka-chiu pada Julai 2023.
Dengan pengoperasian HKETO di Kuala Lumpur, Malaysia dan Hong Kong berhasrat mempertingkat kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, pembangunan ekonomi dan kolaborasi serantau, sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai rakan penting Hong Kong dalam ASEAN, menurut kementerian itu.
Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2025, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Hong Kong berjumlah RM92.88 bilion (US$21.54 bilion).
Pada 2024, jumlah perdagangan mencecah RM105.46 bilion (US$23.15 bilion), dengan imbangan perdagangan memihak kepada Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong
#HKETO
#hubungan Malaysia-Hong Kong
#kerjasama perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan