awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat Labuan Shipyard musnah dalam kebakaran pada hari Krismas

Bernama
Bernama
25/12/2021
21:00 MYT
Pejabat Labuan Shipyard musnah dalam kebakaran pada hari Krismas
Kebakaran dilaporkan bermula kira-kira 7 malam, dengan punca kebakaran masih dalam siasatan. -Bernama
LABUAN: Bangunan pejabat Labuan Shipyard Engineering Sdn Bhd (LSE) berusia empat dekad, musnah dalam kebakaran pada hari Krismas.
Bangunan kayu yang dibina pada 1974 itu menempatkan beberapa jabatan termasuk jabatan kewangan dan pentadbiran serta pejabat ketua pegawai eksekutif (CEO).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Ismaidi Ismail memberitahu Bernama, kebakaran dilaporkan bermula kira-kira 7 malam, dengan punca kebakaran masih dalam siasatan.
"Kami menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 7.33 malam dan anggota kami dengan tiga jentera dari ibu pejabat kami di Balai Bomba Rancha-Rancha bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pejabat itu sudah terbakar.
"Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran dalam masa kira-kira satu jam 15 minit," katanya.
Ismaidi berkata tiada laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
"Kebakaran itu merosakkan hampir 100 peratus struktur kayu, di mana fail, komputer dan peralatan pejabat musnah," katanya.
Menurut seorang pekerja yang melihat asap keluar dari pejabat, kejadian itu tidak dijangka kerana tiada kakitangan bekerja di pejabat sebelum kejadian.
"Tiada apa yang boleh kami lakukan kerana kebakaran bermula dari dalam pejabat, dan kebakaran memusnahkan jabatan kewangan dan pejabat CEO," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Labuan Shipyard Engineering
#Labuan
#Ismaidi Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan