awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat peguam terdedah COVID-19, kes Zahid Hamidi ditangguh sehingga 24 Ogos

Bernama
Bernama
04/08/2021
08:54 MYT
Pejabat peguam terdedah COVID-19, kes Zahid Hamidi ditangguh sehingga 24 Ogos
Ahmad Zahid, 68, berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi, yang dijadualkan esok di Mahkamah Tinggi di sini, ditangguh sehingga 24 Ogos selepas pejabat seorang daripada peguamnya terdedah dengan jangkitan COVID-19.
Peguam Hamidi Mohd Noh, yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu, ketika dihubungi Bernama memaklumkan penangguhan itu berikutan beberapa staf di pejabatnya disahkan positif COVID-19.
"Saya membuat permohonan itu kepada mahkamah pada 2 Ogos lepas kerana kesukaran untuk mengakses dokumen-dokumen perbicaraan yang kini berada di pejabat. Mahkamah telah benarkan penangguhan itu.
"Pejabat terpaksa ditutup sementara waktu berikutan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan staf di firma saya," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran, yang mengetuai pasukan pendakwaan, mengesahkan penangguhan itu.
Hakim Collin Lawrence Sequerah sebelum ini menetapkan enam hari mulai esok untuk mendengar hujah kedua-dua pihak setelah pendakwaan menutup kesnya pada 19 Mac selepas memanggil 99 saksi.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes Zahid
#Zahid Hamidi
#pejabat peguam
#COVID-19
#perbicaraan
#kes rasuah
#Mahkamah Tinggi
#ditangguh
#Hamidi Mohd Noh
#Yayasan Akalbudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan