awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat perwakilan Malaysia di PBB sedia pikul tanggungjawab baharu - Anifah

Bernama
Bernama
17/10/2014
23:25 MYT
Pejabat perwakilan Malaysia di PBB sedia pikul tanggungjawab baharu - Anifah
ANIFAH: Pejabat perwakilan Malaysia di PBB sedia pikul tanggungjawab baharu - Gambar fail
Pejabat Perwakilan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah bersedia memikul tanggungjawab baharu berikutan pemilihan negara sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata dalam tempoh lima bulan lepas, pihaknya telah melantik Siti Hajjar Adnin sebagai timbalan wakil tetap khusus untuk menguruskan hal ehwal berkaitan UNSC.
Pejabat Perwakilan Malaysia di PBB diterajui oleh Wakil Tetap Malaysia di PBB, Datuk Hussein Haniff, sejak 2011 dan dibantu timbalannya Raja Reza Raja Zaib Shah.
Di samping itu, tujuh pegawai tambahan dari Wisma Putra dan seorang daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tiba untuk mempertingkatkan misi pejabat perwakilan itu, kata Anifah kepada media di sini, Khamis.
"Kami sudah bersedia untuk bekerja," katanya.
Menurut Anifah, setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon gembira dengan kemenangan Malaysia seperti dinyatakan menerusi perbualan telefon dengannya selepas hasil keputusan undian sulit diumumkan, Khamis.
"Setiausaha Agung PBB berkata beliau tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan kita dan percaya Malaysia boleh memberi sumbangan positif dan memainkan peranan penting sebagai anggota tidak tetap UNSC," katanya.
Anifah berkata Ban juga telah meminta beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kemenangan itu.
Malaysia mendapat 187 undi daripada 192 negara anggota PBB bagi mengisi lima slot anggota tidak tetap UNSC.
Selain Malaysia, Angola, Venezuela, New Zealand dan Sepanyol turut terpilih untuk mengisi kekosongan itu.
Topic Berkaitan
#Anifah
#PBB
#PDRM
#PUTRA
#UNSC
#Wisma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan