awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejalan kaki maut dirempuh kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
14/06/2023
01:30 MYT
Pejalan kaki maut dirempuh kereta
Keadaan di lokasi kemalangan melibatkan kereta dan pejalan kaki di Batu 12 di sini pada malam Selasa. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar kereta ketika cuba melintas jalan di Jalan Kuantan-Gambang, Batu 12 di sini pada Selasa.
Dalam kemalangan kira-kira jam 8.49 malam itu, mangsa, S Paradaman, 57, yang bekerja sebagai buruh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu kereta, wanita berusia 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu wanita yang memandu kereta jenis Perodua Axia itu dalam perjalanan dari Balok Perdana ke Batu 11 di sini.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, seorang lelaki (mangsa) tiba-tiba melintas jalan dari kiri ke kanan.
"Pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku di laluan lurus dengan keadaan gelap tanpa lampu jalan dan permukaan jalan basah selepas hujan.
"Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#pejalan kaki
#melintas jalan
#dilanggar kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan