BENTONG: Seorang pejalan kaki maut dirempuh sebuah lori tangki di Kilometer 69.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuantan, di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu membabitkan sebuah lori tangki dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun dan seorang lelaki dipercayai warganegara tempatan berusia dalam lingkungan 30 tahun.
"Siasatan awal polis mendapati lori tangki tersebut datang dari Raub menuju ke Bahau, Negeri Sembilan.
"Sampai di tempat kejadian, mangsa seorang lelaki dipercayai warganegara tempatan tiba-tiba berjalan ke tengah jalan lalu dilanggar oleh lori tangki yang berada di lorong kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan.
Zaiham berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa yang tidak mempunyai sebarang pengenalan diri itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat," ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.
Tambahnya, polis juga memohon sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan supaya berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Gibil Rasiah di talian 013-8626806.
Norfarhiza Mohd Atar
Thu Nov 03 2022

Lori tangki dari Raub menuju ke Bahau, Negeri Sembilan tidak sempat mengelak mangsa yang tiba-tiba berjalan ke tengah jalan. - Foto IPD Bentong

BNM terus berhubung dengan pihak berkepentingan kemudi peralihan ekonomi bebas karbon
Ia merangkumi penyertaan dalam platform antarabangsa seperti Rangkaian Untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) dan membina keupayaan bagi menganalisis kesan risiko iklim untuk bertindak lebih awal.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

45 peniaga kena kompaun serta-merta
Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan tindakan kompaun serta-merta melibatkan hasil kutipan RM7,900.

Pemuda Pas Kelantan gesa semak semula cukai cecair vape
Pihaknya khuatir perkara tersebut akan memberi kesan langsung kepada anak-anak muda terutama melibatkan soal kesihatan dan moral untuk tempoh jangka panjang.

AWANI Ringkas: Pengurusan visa dan frekuensi penerbangan dipermudahkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Indonesia periksa 'hot spot' pemerdagangan manusia
Modus operandi penyeludup tidak berperikemanusiaan kerana membawa pekerja migran Indonesia secara haram dan dijadikan hamba.

Menteri Luar Ecuador letak jawatan
Menteri Luar Ecuador Juan Carlos Holguin mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu atas sebab peribadi.

Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Labuan
Pesawat khas membawa pasangan diraja itu berlepas pada 10.06 pagi.

Puting beliung tanpa henti melanda selatan, barat AS
Ribut berkenaan turut memusnahkan rumah dan pusat membeli-belah serta meruntuhkan bumbung sebuah bangunan di Illinois.

Pembaharuan pasaran buruh perlu dipercepat selari jangkaan perkembangan ekonomi tahun ini - BNM
Kelesuan dalam pasaran pekerja dijangka terus berkurangan, disokong oleh momentum pemulihan guna tenaga yang terus kukuh.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

Pejalan kaki maut dirempuh lori tangki
Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang tidak mempunyai sebarang pengenalan diri itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pejalan kaki ditemui maut, kepala berlumuran darah
Mangsa yang berusia 41 tahun itu ditemukan dalam keadaan kepala berlumuran darah pada jam 1.20 pagi.

Wanita maut dilanggar bas mini di Tawau
Akibat jarak yang terlalu dekat, bas mini terbabit tidak sempat mengelak dan melanggar pejalan kaki tersebut.

Pejalan kaki maut dirempuh MPV
Dalam kejadian itu, mangsa, Che Hashiam Hassan, 46, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.