Pernah digelar sebagai "King Orang Asli" dan dikehendaki oleh pengganas komunis satu ketika dahulu, seorang bekas anggota Senoi Praaq itu kini terlantar sakit kerana serangan angin ahmar di rumahnya di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, di sini, sejak dua tahun lepas.
Husin Sani, 81, kini dijaga secara bergilir-gilir oleh 23 anaknya kerana beliau tidak mampu lagi menguruskan diri dan terpaksa diberikan minuman susu menerusi tiub.
Anak keempatnya Santini Husin, 47, berkata beliau mempunyai adik beradik yang ramai kerana bapanya pernah berkahwin sebanyak tujuh kali, iaitu empat isteri dalam kalangan Orang Asli dan tiga lagi kaum Melayu.
Beliau berkata selepas bersara, bapanya menjadi pengawal keselamatan penduduk di beberapa kawasan penempatan Orang Asli termasuk di Kampung Kuala Betis hingga ke sempadan negeri Perak.
"Bapa jarang balik ketika bertugas dan dia juga pernah membunuh beberapa pengganas komunis yang cuba menyerangnya semasa berada dalam kawasan hutan satu ketika dahulu," katanya.
"Itu yang diceritakan ayah kami sendiri setiap kali menyambut Hari Kebangsaan, supaya kami semua adik beradik mengenang jasa pejuang dahulu untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah, termasuk (perjuangan) dia (ayah). Kami bangga menjadi anak seorang pejuang negara," katanya ketika ditemui di rumahnya pada Khamis.
Senoi Praaq yang sebahagian besar anggotanya terdiri daripada kaum Orang Asli, merupakan satu pasukan yang amat dihormati kerana kepakaran mereka menjejak pengganas komunis semasa zaman darurat satu ketika dahulu.
Seorang lagi anaknya, Hasan Husin, 40, berkata, khidmat bapanya pernah mendapat perhatian banyak pihak, malah bapanya pernah menerima surat penghargaan daripada Istana Kelantan dan PolIs Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata bapanya merupakan salah seorang penduduk yang memainkan peranan penting dalam membuka RPS Kuala Betis itu untuk mengumpulkan Orang Asli daripada hutan, supaya mereka dapat tinggal di kawasan selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 04 2020

Kelab Media Kelantan Darul Naim menziarahi dan memberi sumbangan kewangan kepada Husin yang terlantar disebabkan serangan strok dua tahun di rumah anaknya di RPS Kuala Betis, Gua Musang, 3 Sept, 2020. --fotoBERNAMA

Gempa Sulawesi: Angka kematian cecah 90, Jokowi ikrar bina semula bandar yang musnah
Gempa bumi sekuat 6.2 magnitud mengakibatkan kerosakan teruk pada ratusan buah rumah, pusat beli-belah, hotel dan bangunan kerajaan.

Hamzah Zainuddin dimasukkan ke ICU? Ini jawapan pejabat menteri
Dakwaan kononnya Hamzah Zainuddin dirawat di ICU tidak benar, tegas pejabat Menteri Dalam Negeri.

Tabung COVID-19 | MB Selangor sumbang gaji sebulan
Selangor mengaktifkan semula tabung bantuan menangani bencana COVID-19 bagi membantu usaha menangani wabak tersebut. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebagai permulaan dan tanda sokongan, beliau sendiri menyumbang gaji sebulan kepada tabung berkenaan.

PKP | Kerugian Kerajaan dijangka lebih RM600 juta sehari
Kerajaan dijangka mengalami kerugian melebihi RM600 juta sehari sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan melebihi enam minggu. Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata ia selepas Kerajaan melaksanakan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak selain dijangka berlakunya pelanjutan ke atas perintah tersebut.

Industri Binaan | Kenaikan harga besi bebankan pemaju, kontraktor
Kenaikan harga bahan asas dalam industri binaan terutamanya harga besi menambah tekanan kepada kontraktor yang sebelum ini terjejas teruk akibat COVID-19.

Sabotaj Vaksin | Pekerja farmasi dihadapkan ke mahkamah
Seorang pekerja farmasi di Wisconsin, Amerika Syarikat dihadapkan ke mahkamah selepas cuba merosakkan bekalan vaksin COVID-19 yang disimpan di sebuah pusat kesihatan di situ. Steven Brandenburg, didakwa sengaja berbuat demikian kerana mempercayai teori konspirasi yang mendakwa vaksin COVID-19 berupaya merencatkan dna manusia.

Darurat | Ahmad Maslan ditegur ahli UMNO
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan digesa untuk fokus kepada isu-isu rakyat dari hal darurat yang telah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong. Teguran itu datang dari Setiausaha Bahagian UMNO Batu, Gulam Muszaffar yang menyifatkan Ahmad Maslan cuba untuk mempolemikkan isu darurat.

Takziah | Dr Ali meninggal bukan kerana terlampau penat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kematian seorang pegawai perubatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras, Dr Ali Noor Hassan adalah disebabkan terlampau penat dengan beban tugas sejak Disember lalu berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di negara ini.

Serangan Capitol | Tiga suspek pertama didakwa
Tiga individu didakwa susulan serangan terhadap bangunan Capitol di Washington DC pada 6 Januari lalu. Mereka merupakan pendakwaan pertama dalam kalangan 125 orang yang ditahan polis susulan insiden tersebut.

PERMAI: Sabah mahu dapat keutamaan dalam semua inisiatif - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memastikan negeri itu mendapat keutamaan dalam semua inisiatif dan pakej PERMAI untuk mengurangkan impak ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Pejuang kemerdekaan kini terlantar akibat angin ahmar
Husin Sani, 81, kini dijaga secara bergilir-gilir oleh 23 anaknya kerana beliau tidak mampu lagi menguruskan diri dan terpaksa diberikan minuman susu menerusi tiub.

Paras kolesterol normal wajar jadi azam Tahun Baharu 2020
Paras kolesterol dalam badan boleh diketahui dengan pemeriksaan darah yang dinamakan Fasting Lipid Profile.

Beraksi ala 'Spider-Man' demi cari dana rawat isteri tercinta
Kasih sayang terhadap isterinya tidak membataskan usaha seorang lelaki untuk melakukan apa sahaja demi isteri tercinta.

Diserang sesak nafas, pengurus artis Mas Omar meninggal dunia
Mas Omar tidak menunjukkan sebarang tanda sakit sebelum diserang sesak nafas secara tiba-tiba dan menghembuskan nafas terakhir.

Abe Jali Salam Pantai Timur meninggal dunia
Arwah yang berusia 58 tahun dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat lalu selepas mengadu tiada selera makan dan mengalami serangan angin ahmar kali kedua yang menyebabkan mulut dan badannya lumpuh.

Sebelah badan saya lumpuh - Izam EYE
Namun beliau tidak pasti sampai bila keadaan itu akan berlangsung.

"Mula-mulanya mengadu kebas tangan dan lenguh badan" - Izam EYE diserang angin ahmar!
Syafakallah Abang Izam!

Penyanyi era 70-an Dahlan Zainuddin meninggal dunia
Penghibur era 1970-an, Datuk Dahlan Zainuddin meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 9.45 malam Selasa.

Pelakon Hollywood Luke Perry diserang angin ahmar
Bintang drama bersiri Hollywood, Beverly Hills 90210, Luke Perry kini dirawat di hospital selepas terkena serangan angin ahmar pada Khamis.

Bapa Aizat Amdan meninggal dunia
Bapa kepada penyanyi Aizat Amdan iaitu Datuk Amdan Mat Din meninggal dunia kerana angin ahmar pada 1:10 pagi Rabu.