SIMPANG RENGGAM: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak berhasrat berunding dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), susulan pertembungan kedua-dua parti itu di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu tidak menjangka MUDA akan bertanding di kawasan pengundi Melayu, sekali gus menyaksikan pertembungan antara dua parti baharu itu.
"Kita sebenarnya tiada apa-apa masalah dengan MUDA, tetapi daripada awal lagi kami berpendirian kami mahu bertanding di kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.
"Kita tidak sangka yang MUDA juga minat kerusi-kerusi seperti itu (pengundi Melayu), kerana kita ingatkan fokus MUDA lebih kepada kawasan bandar dan pinggir bandar," katanya selepas melancarkan Jentera Sayap Pejuang Muda dan Pejuanita Muda sempena PRN Johor di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Mukhriz berkata parti itu menerima hakikat bahawa sesiapa boleh menampilkan calon pada PRN Johor dan akan berlaku pertembungan, dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Tujuh kerusi yang menyaksikan pertembungan antara kedua-dua parti yang buat pertama kali bertanding pada PRN Johor adalah DUN Tenang, Parit Raja, Machap, Larkin, Puteri Wangsa, Bukit Permai dan Bukit Kepong.
Sebelum ini, Mukhriz mengakui Pejuang sedang mengadakan perbincangan untuk menjalinkan kerjasama bersama MUDA, pada PRN Johor kali ini.
Mengulas mengenai pertukaran calon Pejuang bagi DUN Endau Zaini Tahar, Mukhriz berkata ia adalah permintaan sendiri Zaini selepas beliau disahkan positif COVID-19, kerana tidak mahu menganggu perjalanan kempen PRN Johor.
"Kita pun sedar jika positif COVID-19 kena kuarantin tujuh hingga 10 hari. Jadi calon tidak dapat berjumpa dengan pengundi sendiri," katanya.
Zaini telah digantikan oleh Mohd Noorhisyam Ibrahim di kerusi berkenaan.
Esok adalah hari penamaan calon bagi PRN Johor, manakala pengundian pada 12 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Mukhriz berkata parti itu tidak menjangka MUDA akan bertanding di kawasan pengundi Melayu, sekali gus menyaksikan pertembungan antara dua parti baharu itu. - Gambar/ Bernama
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.