awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
30/03/2022
07:19 MYT
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Menurut Tun Mahathir, tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi. - Gambar fail/BERNAMA
LANGKAWI: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kekalahan teruk parti itu di dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Johor yang lalu disebabkan parti itu tidak mempunyai duit untuk membeli undi penduduk negeri itu. 
 Beliau turut mendakwa, tindakan berkenaan telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi untuk memilih parti berkenaan didalam PRN Johor. 
 "Kalau dekat Johor, kita (Pejuang) tidak ada duit, orang (dari parti) lain semua bagi duit, bila kita telefon orang (supaya) mengundi Pejuang, untuk undi kita, dia tanya berapa nak bagi? Kita telefon dia untuk undi Pejuang, dia tanya berapa nak bagi, 

"Dia (pengundi) kata UMNO bagi RM200, kita nak bagi berapa (kepada pengundi), kita beritahu kita tidak boleh bagi apa sebab kita tak ada duit, tetapi kita berjuang untuk bangsa kita, untuk negara kita, (atas sebab itu) dia tidak undi kita, dia nampak RM200, (nilai itu sebenarnya) berapa hari nak tahan," kata bekas Perdana Menteri itu.
BACA: DAPATKAN KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI 
 Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan sumbangan bakul Ramadan di Masjid Al-Naim, Makam Mahsuri pada Rabu. 
 Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan parti itu tetap dengan pendirian untuk bertanding di seberapa banyak kerusi Parlimen didalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 meskipun mengalami kekalahan yang teruk pada PRN Johor. 
 
"Kita nak bertanding seberapa banyak yang boleh, tetapi kita nak orang tengok parti Pejuang bukan berjuang sebab mahu cari duit, orang lain, (parti lain) berjuang sebab mahu jadi calon, mahu jadi menteri, nak duit, kita (Pejuang) tidak hendak duit tetapi kita nak tubuh kerajaan yang boleh berjuang untuk bangsa untuk negara kita," katanya lagi. 
 13 Mac lalu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan bahawa pihaknya berpuas hati dan menerima keputusan PRN Johor dengan berlapang dada walaupun parti itu tidak memenangi satu daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi. 
 Meskipun keputusan itu mengecewakan, Pejuang tetap menerimanya dengan sepenuh hati terhadap keputusan yang dibuat rakyat Johor. 
 Tambahnya, penyertaan Pejuang dalam PRN Johor adalah satu permulaan dalam memperkenalkan parti itu kepada rakyat dan gerak kerja untuk persiapan PRU15 akan dilakukan sebaik sahaja pengumuman keputusan PRN itu dibuat.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#beli undi
#Rasuah
#Mahathir Mohamad
#Mukhriz Mahathir
#UMNO
#Tun M
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan