Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keahlian parti baharu yang diasaskannya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), hanya dibuka untuk orang Melayu dan ia bermatlamat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang masih membelenggu kaum itu termasuklah kemiskinan.
"Pendapat kita ialah orang Melayu kita ada banyak masalah, berbanding kaum lain dan satu penyelesaian yang dilaksanakan untuk semua kaum tidak berkesan untuk orang Melayu," kata Pengerusi penaja Pejuang itu pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan untuk untuk membantu kaum Melayu, namun beliau melihat pihak lain lebih menerima manfaat itu.
"Kita ingin menentukan penyelesaian untuk orang Melayu ini dibuat oleh orang Melayu yang faham tentang masalah orang Melayu yang mempunyai budaya berlainan daripada yang lain," katanya.
"Walaupun Pejuang adalah parti untuk kaum Melayu namun ia tidak 'berperang' dengan kaum bukan Melayu kerana tanpa sokongan pengundi bukan Melayu, ia tidak boleh menang ketika pilihan raya," tambahnya.
"Kita akan sokong mana parti yang baik, kita tidak melawan menentang kaum bukan Melayu, kita fokus untuk melawan masalah yang dihadapi kaum Melayu," katanya.
Mengenai status pendaftaran parti itu di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Dr Mahathir berkata permohonan masih diproses dan sekiranya penubuhan parti itu belum diluluskan sehingga Pilihan Raya Umum akan datang, pihaknya mempunyai strategi lain untuk bertanding.
Mengenai Pilihan Raya Negeri Sabah, Dr Mahathir berkata Pejuang akan menyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan beberapa pemimpin Pejuang akan membantu kempen Warisan di Sabah. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020
Parti Pejuang hanya dibuka untuk orang Melayu dan bermatlamat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang masih membelenggu kaum itu termasuklah kemiskinan, kata Dr Mahathir. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Tiada dokumen pengenalan diri, halangan anak jalanan 'terbang' tinggi
Apakah usaha yang dilakukan kerajaan untuk komuniti minoriti ini mencipta kejayaan belum memadai?
Melaka laksana lima program bantu penerima JKM keluar daripada garis kemiskinan
Antara inisiatif dilaksanakan termasuklah 2 Years Exit Programme (2YEP) berteraskan keusahawanan.
Luaskan asas hasil kurangkan kemiskinan, ketaksamaan di Malaysia - Bank Dunia
Malaysia perlu memperluas asas hasil supaya dapat terus mempertingkatkan penjagaan kesihatan, pendidikan dan perlindungan sosial negara, menurut Bank Dunia.
Seramai 333 juta kanak-kanak seluruh dunia terlalu miskin
Satu daripada setiap enam kanak-kanak didapati terpaksa bertahan dengan pendapatan kurang daripada AS$2.15 atau RM10 sehari
LKIM perkenal satu persatuan, satu produk bantu tingkat ekonomi nelayan
LKIM memperkenalkan projek satu persatuan nelayan, satu produk sebagai usaha meningkatkan ekonomi dan membasmi kemiskinan dalam kalangan nelayan.
Cari pendekatan baharu tangani isu paling mendesak negara - Sultan Nazrin
Beberapa isu paling mendesak negara termasuk kemiskinan yang semakin meningkat dan ketaksamaan dalam masyarakat boleh ditangani melalui pendekatan serta penyelesaian baharu, titah Sultan Nazrin Shah.
Inflasi melonjak, COVID dorong hampir 68 juta ke dalam kancah kemiskinan
Peningkatan kos sara hidup akibat inflasi yang meningkat dan kesan berlarutan COVID-19 telah mendorong hampir 68 juta orang lagi ke dalam kancah kemiskinan tegar di Asia dan Pasifik.
Pulau Banggi bantu pacu pertumbuhan ekonomi Sabah
Penubuhan Pulau Banggi, Sabah sebagai DFTZ berupaya membantu merangsang ekonomi negeri berkenaan berikutan terletak pada kedudukan yang strategik di laluan perkapalan antarabangsa.
Keciciran pelajar bukan hanya disebabkan kemiskinan
Antara faktor lain keciciran pelajar dalam pendidikan ialah persekitaran sekolah, taraf pendidikan keluarga termasuk kreativiti guru.