Skip to main content

Malaysia

Pekebun rugi lebih RM700,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud

81730721527_PhoneScams.jpg
Mangsa diperdaya seorang wanita tidak dikenali di aplikasi WhatsApp yang menawarkan skim pelaburan dikenali sebagai ‘Pelaburan AI’.

KOTA TINGGI: Seorang pekebun kerugian RM738,950 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di laman sosial pada Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata lelaki berusia 59 tahun itu mendakwa diperdaya seorang wanita tidak dikenali di aplikasi WhatsApp yang menawarkan skim pelaburan dikenali sebagai ‘Pelaburan AI’ yang menjanjikan keuntungan jutaan ringgit. 

Advertisement

"Mangsa telah membuat penambahan bayaran secara berperingkat melalui lima transaksi pemindahan wang ke empat akaun berjumlah RM738,950 bagi mendapatkan keuntungan yang disekat di aplikasi pelaburan berkenaan iaitu sebanyak RM10 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata mangsa menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan wang pulangan hasil pelaburan itu sebelum membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Must Watch Video