GEORGE TOWN: Pekebun sayur di Kampung Pertama, Seberang Perai Tengah (SPT) dekat sini, yang menanggung kerugian selepas tanaman mereka musnah dilanda banjir kilat, memohon kerajaan negeri supaya menitikberatkan isu banjir kilat di negeri ini.
Pengerusi Penduduk Kampung Pertama Lee Kheng Hwa, 50, berkata masalah tersebut bukan sesuatu yang baharu kerana banjir kilat di kawasan itu telah berlarutan sejak 30 tahun lepas dan dilihat semakin serius beberapa tahun kebelakangan ini.
Lee berkata beliau tidak dapat mengusahakan tanaman sayurnya seperti kangkung, bayam, bendi dan sawi di kebun seluas 0.8 hektar sejak beberapa bulan lepas, kerana kawasan kebunnya masih digenangi air.
"Setiap kali hujan lebat pekebun sayur-sayuran di kampung ini akan menanggung kerugian kira-kira RM3,000 akibat tanaman mereka musnah dilanda banjir," katanya kepada pemberita ketika menyertai Setiausaha MCA negeri Yeoh Chin Kah menyerahkan memorandum berkenaan masalah itu kepada kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) hari ini.
Tambahnya, para pekebun sayur juga memohon kerajaan negeri menyediakan ekurang-kurangnya dua pam air, supaya apabila pintu air tidak dapat dibuka ketika air pasang, pam berkenaan boleh mengalirkan air hujan yang berlebihan ke laut sekali gus dapat mengelakkan berlaku banjir di kebun mereka.
Sementara itu, Yeoh berkata dengan penyerahan memorandum itu, beliau berharap kerajaan negeri akan lebih menitikberatkan isu banjir kilat yang sering berlaku di negeri ini sehingga menyebabkan pekebun sayur menanggung kerugian.
"Kita perlu bersimpati dengan para pekebun sayur. Saya berharap pihak kerajaan negeri akan merancang pelan jangka masa panjang supaya masalah ini dapat diselesaikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Sebahagian daripada pekebun sayur dan wakil MCA yang menyerahkan memorandum berkenaan masalah mereka kepada kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) hari ini. - Facebook MCA Penang State
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelaburan tak wujud: Pekebun sayur di Cameron Highlands rugi lebih RM100,000
Hasrat mendapatkan keuntungan segera membawa padah kepada seorang pekebun sayur di Cameron Highlands apabila kerugian RM108,344 selepas skim pelaburan saham disertainya tidak wujud.
Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.
Rompak wanita, pekebun sayur dipenjara 5 tahun dan 3 sebatan
Seorang pekebun sayur dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga kali sebatan atas kesalahan merompak seorang wanita, pada Ahad lepas.
Pekerja kebun sayur didakwa bunuh kembar sendiri
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh pasangan kembarnya, di Kampung Bukit Cheeding, dekat sini, 11 Mac lepas.
Pekebun sayur mohon kerajaan P. Pinang titik berat isu banjir
Masalah tersebut bukan sesuatu yang baharu kerana banjir kilat di kawasan itu telah berlarutan sejak 30 tahun lepas dan dilihat semakin serius.
Dua tukang kebun maut dalam kebakaran, empat selamat
Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu bomba yang menerima panggilan bergegas ke lokasi dan mendapati api sedang marak hingga memusnahkan 90 peratus struktur rumah berkenaan.
Lesap RM150,000 diperdaya 'penjaga masjid' kaki ekor
Suspek memberitahu mangsa yang dia mempunyai nasib yang baik dan mungkin akan kena nombor ekor.