awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kedai serbaneka jadi 'mata dan telinga' pihak polis

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2013
15:55 MYT
Pekerja kedai serbaneka jadi 'mata dan telinga' pihak polis
Pekerja kedai serbaneka akan menjadi 'mata dan telinga' bagi polis Selangor dalam usaha terbaru mereka mengurangkan kadar jenayah membabitkan kedai seumpamanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah hari ini berkata, inisiatif ini dapat membuat pekerja kedai serbaneka lebih berjaga-jaga terhadap penjenayah di sekeliling mereka sebelum menghubungi pihak polis.
Pihak polis akan turut meletakkan bekas yang akan dipenuhi dengan risalah buat orang ramai yang mengandungi maklumat mengenai pencegahan jenayah.
Menurut Tun Hisan, pihak polis akan membuat pemantauan lebih kerap ke kedai jenis serbaneka.
Inisiatif dilancarkan polis Selangor di Setia Alam hari ini bersama pegawai-pegawai daripada kedai serbaneka seperti KK Supermart, Seven Eleven dan 99 Speedmart.
Pada tahun lepas, Tun Hisan berkata 276 kes rompak berlaku di ketiga-tiga kedai serbaneka terbabit di mana 68 peratus daripadanya berlaku di Seven Eleven.
Beliau menambah, terdapat 74 kes kecurian dilaporkan oleh kedai-kedai tersebut.
“Kami sudah mengenalpasti 15 kawasan ‘panas’ di Selangor dan akan memberi tumpuan di kawasan-kawasan tersebut bagi mengurangkan kadar jenayah di tempat-tempat ini,” katanya.
Topic Berkaitan
#Pekerja serbaneka
#Polis Selangor
#rompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan