NATIONAL
Pekerja kilang direman bantu siasatan kes simbah asid pengusaha spa

Seorang pekerja kilang getah berusia 38 tahun direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes simbah asid melibatkan seorang pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Tawang di Bachok pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
BACHOK: Seorang pekerja kilang getah direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes simbah asid melibatkan seorang pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Tawang di sini pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Seorang pekerja kilang getah direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes simbah asid terhadap seorang pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Tawang pada 15 Mei.
- Mangsa, seorang wanita berusia 27 tahun, mengalami kecederaan serius dan terpaksa menjalani pembedahan, selepas disimbah asid oleh suspek yang menyamar sebagai pelanggan.
- Suspek akan disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman berat bagi kesalahan mencederakan dengan senjata atau bahan berbahaya.
Wanita berasal dari Machang itu akan disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pengusaha spa terpaksa menjalani pembedahan selepas disimbah asid dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada Sabtu di sebuah spa di Beris Kubur Besar, Tawang.
Wanita berusia 27 tahun itu berada di spanya bersama anak selepas menerima mesej daripada seorang 'pelanggan' yang mahu mendapatkan khidmat urutan.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan mendapati suspek membuat temu janji untuk mendapatkan rawatan urut di premis milik mangsa.
Katanya, ketika mangsa sedang membuka pintu, suspek bertindak menyimbah cecair dipercayai asid sebelum melarikan diri. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami