awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang maut dilanggar forklift dipandu rakan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/09/2025
06:35 MYT
Pekerja kilang maut dilanggar forklift dipandu rakan
Lokasi kejadian kemalangan maut di sebuah kilang di Banting pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Akmalrizal
BANTING: Seorang lelaki tempatan maut selepas dilanggar trak pengangkat atau forklift yang dipandu rakan sekerjanya di sebuah kilang di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 pada jam 4.04 petang berhubung kemalangan maut membabitkan sebuah forklift dan seorang pekerja di kilang berkenaan.
Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 3.14 petang semasa forklift yang dipandu seorang lelaki tempatan melalui lorong C1 dan C2 di gudang dalam kilang berkenaan.
“Ketika itu, mangsa sedang membuat pemeriksaan stok kontena dan bergerak ke tengah laluan.
“Pada masa sama, forklift sedang bergerak terus dan melanggar mangsa yang sedang berjalan di laluan itu,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, kemalangan menyebabkan mangsa berusia lingkungan 20-an itu tercampak serta mengalami kecederaan di bahagian dada manakala pemandu forklift yang berumur lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambahnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Banting.
“Pemandu forklift, saksi bebas yang melihat kemalangan dan waris sudah hadir memberikan keterangan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Langat,” ujarnya.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nor Baiti Mustafa di talian 03-3187 2222 atau 014-500 6072. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan tempat kerja
#forklift
#kilang
#Kuala Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan