awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang terus jadi tumpuan percutian, tempahan hotel capai 70 hingga 90 peratus
Rapid KL lanjut operasi rel, bas terpilih sempena ambang tahun baharu 2026
Lelaki Palestin cedera dilanggar penjarah Israel ketika solat di tepi jalan Ramallah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang maut motosikal rempuh lori

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
29/06/2022
22:30 MYT
Pekerja kilang maut motosikal rempuh lori
Keadaan motosikal mangsa dalam kejadian di Jalan Bukit Kor berhampiran Kampung Undang. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja kilang plastik maut dalam nahas membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dengan sebuah lori tanah.
Kejadian berlaku di Jalan Bukit Kor berhampiran Kampung Undang, di sini kira-kira jam 8.15 pagi pada Rabu.
Mangsa, Ahmad Muslim Abdul Razik, 47, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Bukit Lor, Marang apabila motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum terlanggar tayar belakang lori terbabit.
Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak beberapa meter di atas jalan raya.
Mangsa yang cedera parah di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala pemandu lori yang berusia 58 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#motosikal
#terbabas
#lori tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan