awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pengisar kayu

Bernama
Bernama
11/02/2022
09:01 MYT
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pengisar kayu
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang pekerja warga Nepal maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam mesin pengisar kayu di sebuah kilang di Nilai dekat sini pagi tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Nilai Pegawai Bomba Kanan II (TBK1) Mohd Fadli Abd Wahab berkata dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Haque Shekh Amirul, 40, terjatuh dan tersepit dalam mesin pengisar kayu di kilang itu.
"Setibanya anggota BBDP Nilai ke lokasi kejadian mendapati lelaki tersebut telah meninggal dunia akibat kecederaan parah dan patah pada bahagian anggota badan susulan tersepit dalam mesin berkenaan.
"Kami dimaklumkan ketika kejadian mangsa sedang bekerja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mohd Fadli berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seremban
#pekerja kilang
#mesin pengisar kayu
#pekerja maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan