awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang mengaku tidak bersalah miliki 128 gambar lucah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/05/2023
04:26 MYT
Pekerja kilang mengaku tidak bersalah miliki 128 gambar lucah
Saiful Anuar (baju jingga) dituduh memiliki 128 gambar lucah dalam telefon bimbit jenama Samsung di Bandar Puteri Jaya di sini pada 1 April 2021. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, di sini hari ini atas pertuduhan memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit pada April 2021.
Tertuduh Saiful Anuar Ab Rani, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Mengikut pertuduhan itu, Saiful Anuar dituduh memiliki 128 gambar lucah dalam telefon bimbit jenama Samsung di Bandar Puteri Jaya di sini pada 1 April 2021.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen berkaitan serta lantikan peguam.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Nazrul Nizam Mohd Zameri.
Topic Berkaitan
#gambar lucah
#Telefon bimbit
#pekerja kilang
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan