Seorang pekerja kontrak dan pemandu lori hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh rakan mereka dua minggu lepas.

K. Kumaran dan R. Kunasundar, masing-masing berusia 33 tahun, didakwa secara bersama menyebabkan kematian R. Ganesan, 47, di sebelah sebuah kedai di Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh di sini pada 2.10 pagi, 7 Dis lepas.

Kedua-dua tertuduh hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan mahkamah menetapkan 23 Feb untuk laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala Kumaran diwakili peguam K. Komagan manakala Kunasundar tidak diwakili peguam.