awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja ladang warga asing maut ditetak

Bernama
Bernama
13/07/2024
13:00 MYT
Pekerja ladang warga asing maut ditetak
Seorang pekerja ladang warga asing ditemukan maut dipercayai dibunuh di belakang rumah kongsi pekerja ladang sawit di Segaliud, Khamis lepas. - Gambar hiasan
SANDAKAN: Seorang pekerja ladang warga asing ditemukan maut dipercayai dibunuh di belakang rumah kongsi pekerja ladang sawit di Segaliud di sini Khamis lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt K. Ramasamy berkata mayat lelaki berusia 43 tahun itu dijumpai pada 6 pagi oleh pekerja ladang dan pemeriksaan menemukan kesan tetak pada bahagian belakang kepala serta leher.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dari ladang bersebelahan datang ke rumah kongsi rakannya pada Rabu malam untuk minum. Semasa minum bersama rakan-rakan, mangsa dipercayai ditetak oleh seorang daripada rakannya itu.
"Sejurus kejadian berlaku, suspek yang juga seorang lelaki warga asing telah melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ramasamy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja ladang
#warga asing
#ditetak
#ladang sawit
#Segaliud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan