awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja lemas ditemukan terapung di Sungai Perak dekat Teluk Intan

Bernama
Bernama
23/09/2025
23:00 MYT
Pekerja lemas ditemukan terapung di Sungai Perak dekat Teluk Intan
Menurut JBPM Perak, mangsa berjaya dibawa ke tebing tempat selamat pada 9.58 malam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. --fotoBERNAMA
IPOH: Seorang lelaki ditemukan lemas dalam keadaan terapung di Sungai Perak berhampiran sebuah kapal sedut pasir, kira-kira 800 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh di bengkel membaiki kapal di Batu 8, Jalan Maharajalela, Teluk Intan, kira-kira 88 kilometer dari sini, malam tadi.
Mangsa, Neoh Jun Jie, 24, yang bekerja sebagai pengikat tayar di kapal kargo, dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja pemasangan tayar di sisi kapal yang sedang dibaiki, kira-kira 10 meter dari tebing sungai.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima maklumat daripada nelayan mengenai penemuan mayat mangsa pada pukul 9.18 malam.
"Mangsa berjaya dibawa ke tebing tempat selamat pada 9.58 malam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi dikawal pada 9.50 malam dan tamat sepenuhnya pada 10.40 malam," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 4.20 petang Isnin dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) dimulakan pada 4.41 petang.
"Bagaimanapun, operasi SAR terpaksa ditangguhkan pada pukul 7.15 malam semalam (Isnin) sebelum bersambung semula pada 8 pagi tadi (Selasa).
"Antara langkah yang dilaksanakan termasuk selaman oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), penggunaan konsep LAST serta pencarian di permukaan air," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#sungai perak
#Shazlean Mohd Hanafiah
#Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan