Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) akan sentiasa memberi keutamaan kepada pekerja tempatan.
Ini jaminan Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran, yang berkata dasar ini penting dalam mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.
"Kita akan benarkan pekerja asing untuk masuk bekerja tetapi ia berdasarkan keperluan.
"Keutamaan akan tetap diberikan kepada pekerja kita dahulu. Kita akan utamakan rakyat Malaysia dahulu, yang lain, kedua," katanya.
Tambah beliau, semua perjanjian yang dibuat dengan Kerajaan lain akan disemak semula sebelum keputusan dibuat.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh dalam tempoh tiga tahun yang dibuat pada tahun 2016 di bawah pentadbiran sebelum ini.
BACA: Kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh tidak bermotif keuntungan - Ahmad Zahid
BACA: Malaysia-Bangladesh meterai MoU bawa masuk 1.5 juta pekerja
Hafiz Marzukhi
Thu May 24 2018
KULASEGARAN: Kita akan benarkan pekerja asing untuk masuk bekerja tetapi ia berdasarkan keperluan. - Gambar Fail
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Perlu wujud pembaharuan selepas pasca COVID-19 - Noor Azlan
AEC telah mengenal pasti pelan dan elemen jangka panjang yang perlu diperhatikan.
COVID-19: Kerajaan disaran rangka pelan jangka panjang pasca PKP
Kerajaan disarankan agar tidak terlalu bergantung kepada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.
Usaha kurangkan kebergantungan pekerja asing antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) bertanya kepada Menteri Kerja Raya berkenaan bilangan pelatih Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan sejauh mana ABM boleh menyediakan tenaga kerja mahir.
MPBPP perkenal Skim Latihan Pengurusan Rumah Tangga
Skim latihan yang pertama kali diperkenalkan itu bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada Bumiputera di negeri ini sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Pekerja Afrika: Sivarraajh gesa menteri fikir implikasi sosial
Umum mengetahui kemasukan warga asing khususnya dari Afrika telah memberi kesan secara langsung dalam peningkatan kadar jenayah komersial dan jenayah berat di Malaysia.
'Pekerja Malaysia diutamakan, yang lain kemudian' - M. Kulasegaran
Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan akan sentiasa memberi keutamaan kepada pekerja tempatan, kata Menteri Sumber Manusia.