awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja maut kepala tersepit antara dua kontena

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/09/2022
14:21 MYT
Pekerja maut kepala tersepit antara dua kontena
Lelaki tempatan berusia 23 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut selepas kepalanya tersepit di antara dua kontena ketika sedang melakukan kerja di sebuah terminal kontena di sini, pada Selasa.
Dalam kejadian jam 12.35 tengah malam tadi, lelaki tempatan berusia 23 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang memaklumkan siasatan pihaknya mendapati mangsa adalah pekerja subkontraktor di terminal kontena tersebut yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja mengangkut kontena kosong menggunakan lori terminal dari jeti ke kawasan penyimpanan kontena kosong.
“Mangsa yang ditugaskan sebagai pemandu prime mover (lori terminal) dipercayai sedang memeriksa seal pintu kontena yang sedang disusun di atas kenderaan tersebut.
“Pada masa yang sama, seorang pekerja lain telah menolak kontena tersebut dengan menggunakan jentera reach stacker (pengangkut kontena) untuk merapatkan kedudukan kontena di atas prime mover tanpa menyedari mangsa sedang berada di situ.
“Kepala mangsa didapati tersepit di antara dua kontena tersebut. Mangsa dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian,” kata kenyataan tersebut hari ini.
Berikutan kejadian itu, JKKP Pulau Pinang telah mengeluarkan satu notis larangan di lokasi kejadian serta kenderaan yang digunakan telah disita sehingga siasatan selesai dijalankan.
Jelasnya, tindakan perundangan juga akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
“JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam. Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja.
“Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC),” katanya.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#tersepit pada kontena
#terminal kontena
#Butterworth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan