NATIONAL
Pekerja pembersihan parah dirempuh kereta

Mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal ditempatkan di Zon Merah untuk rawatan lanjut. - Foto PDRM
Seorang pekerja syarikat pembersihan Hayara Sdn Bhd cedera parah dirempuh sebuah kereta dalam kejadian kemalangan di Jalan Anson, di sini pagi tadi.
Menurut jurucakap polis, dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, lelaki yang juga pemandu lori sampah itu dipercayai berada di belakang lori kerjanya.
Mangsa parah di kaki selepas tersepit di antara kenderaan itu dengan kereta jenis Perodua Axia.

Pemandu kereta jenis Axia itu melarikan diri dan pihak polis kini sedang mengesan mangsa bagi membantu siasatan. - Foto PDRM
Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang memungut sampah di hadapan Bangunan Persekutuan di Jalan Anson sebelum sebuah kereta merempuhnya.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Zon Merah untuk rawatan lanjut.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal. - Foto PDRM
Pemandu kereta jenis Axia itu melarikan diri dan pihak polis kini sedang mengesan pemandu bagi membantu siasatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami