NATIONAL
Pekerja restoran didakwa sokong, mengaku ahli kumpulan Daesh

Muhammad Muzzammil Mohd Mohlis dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja restoran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan berkaitan kumpulan Daesh, iaitu memberi sokongan, memiliki artikel dan video, di samping mengaku menjadi ahli kumpulan pengganas itu, bulan lepas.
Ringkasan AI
- Muhammad Muzzammil Mohd Mohlis didakwa memberi sokongan kepada Daesh menggunakan media sosial Facebook dan Telegram pada 31 Mei lepas. Pertuduhan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, dengan hukuman penjara maksimum 40 tahun atau denda, serta hendaklah dirampas harta yang terlibat.
- Dia juga didakwa memiliki artikel-artikel dan video berkaitan Daesh pada masa yang sama, mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan. Hukuman yang mungkin adalah penjara maksimum tujuh tahun atau denda, dan hendaklah dirampas harta yang terlibat.
- Dia turut didakwa mengaku menjadi ahli Daesh melalui upacara bai'ah dengan pemimpin Abu Hafs AL Hashimi Al-Qurashi sebagai khalifah. Kesalahan ini dilakukan di sebuah pangsapuri di Jalan Cheras pada Mei lalu. Pertuduhan mengikut Seksyen 130J(2)(d) Kanun Keseksaan, dengan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 40 tahun atau denda, serta hendaklah dirampas harta yang terlibat.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 40 tahun atau dengan denda, dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki artikel-artikel dan video berkaitan Daesh di lokasi, tarikh dan masa yang sama, dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa mengaku keahlian kumpulan Daesh dengan cara melakukan upacara bai'ah dengan pemimpin Daesh, Abu Hafs AL Hashimi Al-Qurashi sebagai khalifah untuk memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah pangsapuri di Jalan Cheras di sini pada 10.08 pagi Mei lepas, dan dia didakwa mengikut Seksyen 130J(2)(d) Kanun Keseksaan, yang berdepan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 40 tahun atau denda, dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Maryam Jamielah Ab Manaff memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan dalam tempoh dua bulan untuk pihaknya menyerahkan laporan daripada pakar berhubung barangan berkaitan kumpulan pengganas itu kepada mahkamah.
Fadzlin Suraya menetapkan sebutan kes pada 29 Ogos ini untuk serahan dokumen berkaitan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami