Seorang pekerja stesen pam minyak di Sungkai yang dipukul sekumpulan lelaki akibat salah faham ketika mengisi minyak sehingga video kejadian itu tular di media sosial hanya mengalami lebam pada bahagian muka.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kejadian tersebut berlaku pada 6 Okt lepas kira-kira pukul 12.45 tengah hari.
Katanya semasa kejadian, mangsa yang berumur 23 tahun sedang bekerja di kaunter stesen minyak berkenaan sebelum didatangi sekumpulan penunggang motosikal yang mahu mengisi minyak.
"Salah seorang daripada lelaki tersebut memesan untuk mengisi minyak tetapi tidak memaklumkan kepada mangsa yang bertugas di kaunter untuk mengisi minyak jenis RON 97.
"Mangsa kemudiannya memberikan minyak RON 95 menyebabkan lelaki itu tidak berpuas hati sebelum sekumpulan kawan lelaki itu kembali semula ke kaunter dan menarik mangsa keluar biarpun mangsa telah meminta maaf," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Wan Azharuddin berkata seorang daripada kumpulan lelaki tersebut memukul dan membaling air tin kepada mangsa menyebabkan mangsa mengalami kesan lebam di bahagian muka.
Tambahnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu tidak dapat mengenal pasti suspek yang terlibat dan nombor pendaftaran motosikal juga tidak jelas.
Wan Azharuddin berkata pihaknya difahamkan ketika kejadian berlaku mangsa juga turut mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan sehingga menyebabkan salah faham.
"Jadi saya mahu orang ramai tidak menularkan kes ini lagi di media sosial kerana ia hanyalah salah faham kecil dan telah berlaku beberapa hari yang lepas," katanya.
Wan Azharuddin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Video berdurasi 42 saat itu tular di laman sosial Facebook sejak semalam menunjukkan seorang pekerja stesen minyak ditarik keluar sebelum dipukul oleh sekumpulan penunggang motosikal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 16 2018
Rakaman CCTV di stesen minyak itu tidak dapat mengenal pasti suspek yang terlibat dan nombor pendaftaran motosikal juga tidak jelas. - Gambar hiasan
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Suspek abai penumpang ketika kapal terbakar dihukum penjara
Penantian lima tahun buat keluarga mangsa bot penyelam Conception untuk melihat suspek yang bertanggungjawab mengabai serta menyebabkan kematian 34 penumpang berakhir dengan keadilan buat mereka.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Pengaruh pemberontak semakin kuat & meluas di Colombia
Seorang kanak-kanak memegang belon berwarna merah, kuning dan biru -warna bendera negara Colombia di sebuah sekolah yang dibina serta dibiayai sepenuhnya oleh Estado Mayor Central (EMC), kumpulan yang diselia oleh pemberontak yang menguasai pelbagai kawasan di negara itu.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Palestin mohon Mesir benarkan permit sementara buat rakyat
Kedutaan Palestin Mesir memohon agar rakyatnya diberikan permit kependudukan untuk sementara waktu.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
Polis surai himpunan dengan bom flash bangs
Selepas gagal untuk mematuhi arahan bersurai dalam tempoh 24 jam, polis bertindak lebih ganas dengan merempuh penghadang yang menempatkan kem penyokong Palestin di Universiti California, Los Angeles (LA).
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
AS tak senang Malaysia pertahankan Iran
Mohamed Nazri memaklumkan, ini kali kedua beliau dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat sejak mula bertugas lebih setahun yang lalu.
Bantuan untuk selesaikan isu bekalan air, miskin tegar - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan 20 juta ringgit bagi menyelesaikan isu bekalan air berikutan cuaca panas yang melanda Kelantan sehingga menyaksikan penyurutan air sungai dan menjejaskan tanaman padi.
Cadangan wujud unit integriti dalam Pejabat Menteri Besar
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bercadang untuk mewujudkan unit integriti di dalam Pejabat Menteri Besar bagi mengurus tadbir kerajaan dengan lebih telus dan berwibawa.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa depan.
Polis kesan dua individu bakar pacuan empat roda
Polis sedang mengesan dua individu disyaki terlibat membakar kenderaan pacuan empat roda di Kampung Sungai Kayu, Damansara, tengah malam Ahad.
Polis ambil keterangan individu tinggalkan bagasi berisi wang tunai RM500,000
Polis telah mengambil keterangan seorang lelaki berkaitan penemuan bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, pada 19 Mac lepas.
KK Mart: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu bagi membantu siasatan kes sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dilempar bom petrol pada minggu lepas.
KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar 'molotov cocktail'
Sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar molotov cocktail.
Suspek lempar bom ke arah KK Mart di Bidor dikesan menerusi CCTV
Polis percaya perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang telah memberhentikan keretanya di tepi jalan kira-kira pukul 5.35 pagi.
Pemilik stesen minyak hentian R&R mengaku jual RON95 kepada warga Thailand
Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku orang kena saman (OKS), membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Nor Rajjah Mat Zin.
Kes bayi maut dicampak: Polis rakam percakapan empat individu
Polis sudah merakam percakapan empat individu berhubung kes seorang bayi lelaki yang ditemukan maut di sebuah kondominum di Sri Petaling pada Sabtu lalu.
Airbnb haramkan pemasangan CCTV di unit sewaan bermula 30 April
Ia kini diharamkan penggunaannya sama sekali di keseluruhan unit bagi menjaga privasi penyewa.
Polis kesan dua lelaki sembur alat pemadam api samun kedai runcit
Polis sedang mengesan dua lelaki menggunakan alat pemadam api ketika melakukan samun di sebuah kedai runcit di Taman Desa Aman, Guar Chempedak di Yan.
Johor pertimbang pasang CCTV di surau dan masjid
Kerajaan Negeri Johor akan mempertimbang cadangan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di surau dan masjid untuk tujuan keselamatan.