awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja stor mengaku salah rakam video rakan sekerja wanita 'lepas hajat'

Bernama
Bernama
24/12/2024
11:02 MYT
Pekerja stor mengaku salah rakam video rakan sekerja wanita 'lepas hajat'
Mahkamah menetapkan 5 Feb 2025 untuk sebutan bagi mendapatkan laporan sosial tertuduh yang merupakan pesalah muda sebelum menjatuhkan hukuman.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja stor sebuah kedai serbaneka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini, kerana mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video rakan sekerjanya itu yang sedang 'melepas hajat', empat hari lepas.
Lelaki berusia 19 tahun itu didakwa merakam video rakan sekerjanya yang juga merupakan seorang juruwang, di dalam tandas di premis itu di Jalan Ampang Hilir, Hulu Langat di sini pada 8.23 malam, 20 Dis.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Norhidayah Abdullah Sani mencadangkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah atas alasan menanggung keluarga.
Majistret Amalina Basirah Md Top membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Mahkamah juga menetapkan 5 Feb 2025 untuk sebutan bagi mendapatkan laporan sosial tertuduh yang merupakan pesalah muda sebelum menjatuhkan hukuman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja stor
#merakam video
#rakan sekerja
#melepas hajat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan