awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabuhan Tanjung Pelepas terminal kontena pertama Malaysia kendali lebih 12 juta TEU

Bernama
Bernama
02/01/2025
15:15 MYT
Pelabuhan Tanjung Pelepas  terminal kontena pertama Malaysia kendali lebih 12 juta TEU
Pelabuhan Tanjung Pelepas yang juga unit dengan pegangan 70 peratus MMC Corporation Bhd, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia mengendalikan lebih 12.25 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam tempoh satu tahun pada 2024. - Foto ptp.com.my
KUALA LUMPUR: Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang juga unit dengan pegangan 70 peratus MMC Corporation Bhd, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia mengendalikan lebih 12.25 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam tempoh satu tahun pada 2024.
Kendalian kontena ke-12 juta itu dicatat pada 23 Disember 2024 dan menjadi penanda aras baharu untuk kecemerlangan operasi PTP sejak mula beroperasi pada 2000.
Angka itu juga mengatasi catatan rekod terdahulu iaitu 11.2 juta TEU pada 2021, sekali gus mengukuhkan kedudukan PTP sebagai hab pemindahan kontena terkemuka serta terbesar di Malaysia.
Pengerusi PTP Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata prestasi rekod sedemikian hanya menekankan lagi peranan PTP yang amat diperlukan dalam rantaian bekalan global serta membuktikan dedikasi, komitmen serta kerja keras seluruh warga kerja PTP.
"Menerusi kendalian jumlah kontena yang begitu besar dengan lancar, kami secara konsisten menyampaikan perkhidmatan luar biasa kepada pelanggan serta rakan yang dihargai, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan mengukuhkan semula kedudukan PTP sebagai antara terminal kontena paling cekap dan jumlah tinggi di dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTP Mark Hardiman pula menyasarkan untuk mengekalkan momentum itu dan meraih pencapaian lebih besar pada 2025 dan tempoh-tempoh seterusnya.
"Kami telah membuat persediaan yang komprehensif bagi masa depan dengan menumpukan bukan sahaja terhadap peningkatan aset pelabuhan dan peningkatan infrastruktur, tetapi juga terus fokus ke atas pemacuan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kami, mengukuhkan dasar keselamatan dan pemerkasaan strategi pendigitalan.
"Usaha ini memastikan penambahbaikan dan pengembangan berterusan kerana kami menjangkakan peningkatan ketara dalam jumlah kendalian kontena pada tahun akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelabuhan Tanjung Pelepas
#terminal kontena pertama
#Teu
#MMC Corporation Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan