awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Sistem pertahanan udara Iran bertindak balas terhadap serangan Israel
MALAYSIA
Taktik edar dadah guna kereta sewa terbongkar, pasangan suami isteri antara empat ditahan
MALAYSIA
PM Anwar arah jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pelaburan tak wujud: 15 lelaki didenda RM10,000

Bernama
Bernama
11/10/2023
09:31 MYT
Pelaburan tak wujud: 15 lelaki didenda RM10,000
Mahkamah Majistret Bentong hari ini menjatuhi hukuman denda RM10,000 tiap seorang ke atas 15 lelaki selepas mereka mengaku terlibat dalam penipuan pelaburan tidak wujud yang menyasarkan mangsa dari Singapura. - Foto BERNAMA
BENTONG: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM10,000 tiap seorang ke atas 15 lelaki selepas mereka mengaku terlibat dalam penipuan pelaburan tidak wujud yang menyasarkan mangsa dari Singapura.
Majistret Nadhratun Naiem Zainan turut memerintahkan kesemua tertuduh berumur 17 hingga 31 tahun itu dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Genting Highlands di sini antara 12 tengah hari hingga 6.30 petang 5 Okt lepas mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, perkara itu terbongkar selepas premis yang dijadikan pusat panggilan sindiket penipuan tersebut diserbu oleh anggota dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.
Sindiket itu dipercayai mencari mangsa secara rawak di aplikasi mencari jodoh 'Coffee Meets Bagel Dating' dan selepas berkenalan, mereka menawarkan pautan ke pelaburan tidak wujud yang diuruskan oleh sindiket lain.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas 19 komputer riba dan 69 telefon pintar dipercayai digunakan untuk melakukan kesalahan tersebut.
Peguam Lau Yih Yun dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, yang mewakili kesemua tertuduh, meminta mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling ringan atas alasan mereka menanggung keluarga.
"Semua tertuduh difahamkan bekerja sebagai khidmat pelanggan dengan pendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 seorang," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid pula memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh selain menjadi iktibar kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan serupa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#denda
#pelaburan tak wujud
#Mahkamah Majistret
#Bentong
#Genting Highlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami