awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar cedera dibuli rakan

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2022
03:30 MYT
Pelajar cedera dibuli rakan
Polis telah memanggil kesemua pelajar yang terlibat dalam kejadian buli berhampiran ladang kelapa sawit di Banting, Selangor untuk dirakamkan keterangan, pada Jumaat. -Gambar hiasan
BANTING: Polis telah memanggil kesemua pelajar yang terlibat dalam kejadian buli berhampiran ladang kelapa sawit di Banting, Selangor untuk dirakamkan keterangan, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor, polis menerima satu laporan daripada seorang wanita yang mengatakan anak lelakinya dibuli oleh tiga pelajar lelaki lain semasa berada di sekitar ladang kelapa sawit berkenaan.
"Semasa kejadian, mangsa turut mengalami kecederaan ringan iaitu kesakitan pada pipi akibat dipukul.
"Kesemua pelajar yang terlibat telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk dirakamkan keterangan berhubung kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Sehubungan itu, Ahmad Ridhwan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Pada Jumaat, tular video berdurasi 55 saat memaparkan seorang pelajar dalam keadaan menangis telah ditampar, ditarik dan ditendang beberapa kali oleh sekumpulan pelajar lain disyaki dari sekolah yang sama berhampiran ladang kelapa sawit di Banting.
Topic Berkaitan
#ladang kelapa sawit
#pelajar dibuli
#ditendang dan ditampar
#Ahmad Ridhwan Mohd Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan