awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar cemerlang SPM jaga ibu hingga akhir nyawa terima 10 tawaran pengajian, biasiswa

Sinar Harian
Sinar Harian
13/06/2023
11:30 MYT
Pelajar cemerlang SPM jaga ibu hingga akhir nyawa terima 10 tawaran pengajian, biasiswa
Muhammad Syahril (tengah) ketika menerima kunjungan pelbagai pihak selepas kisahnya tular. - Gambar/ Sinar Harian
BACHOK: Lebih 10 tawaran pengajian dan biasiswa diterima oleh pelajar cemerlang 11A, Muhammad Syahril Saidi setakat ini.
Muhammad Syahril, 18, berkata, tawaran itu antaranya daripada Petronas, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan kerajaan negeri.
“Beberapa universiti awam termasuk Universiti Malaya juga ada menawarkan saya untuk menyambung pengajian di tempat mereka.
“Tak sangka terlalu banyak tetapi alhamdulillah dan saya belum lagi membuat apa-apa keputusan untuk memilih yang mana,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kandis dekat sini.
Pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Beris Lalang itu baharu kematian ibu tersayang, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, akibat angin ahmar pada Sabtu lalu, dua hari selepas menerima khabar gembira keputusan SPM.
“Sebelum ini saya berhasrat menyambung pengajian di Maahad Yaakubiah Kampung Nipah, Bachok bagi mendapatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan berada lebih dekat untuk menjaga ibu yang sakit.
“Apa-apa pun saya akan berbincang dengan keluarga dan guru selepas ini bagi memilih tawaran yang bersesuaian,” ujarnya.
Dalam pada itu, anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, kejayaan yang diraih berkat pengorbanan arwah ibu, adik-beradik dan ibu bapa saudaranya yang tidak henti-henti mendorong dia supaya menuntut ilmu.
“Mereka yang sepatutnya diraikan. Saya amat berterima kasih kerana merekalah yang membantu menguruskan ibu sepenuhnya ketika saya bersekolah.
“Saya tidak mampu untuk menghadapi semua ini seorang diri dan amat menghargainya,” ujarnya.
Kisah Muhammad Syahril tular selepas meraih kejayaan cemerlang namun tidak dapat ke sekolah untuk mengambil keputusan kerana menjaga ibunya.
Bahkan bakti Muhammad Syahril terhadap syurganya itu terus menarik perhatian umum apabila dia sendiri mengimamkan solat jenazah Allahyarham ibunya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar cemerlang SPM
#jaga ibu hingga akhir hayat
#Muhammad Syahril
#biasiswa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan