ROMPIN: Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian seorang pelajar kolej vokasional di sini yang cedera didakwa dirotan guru dalam kejadian pada Jumaat.
Mangsa iaitu seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun dikatakan mengalami kecederaan akibat dipukul sebanyak 10 kali oleh guru yang juga warden asrama sekolah tersebut.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, kejadian dikatakan berlaku pada jam 7.45 pagi di kawasan perhimpunan bahagian bawah asrama kolej tersebut.
"Mangsa mendakwa dirotan oleh guru berkenaan yang juga warden asrama bersama rakan-rakannya yang lain kerana tidak menyertai solat tarawih.
"Terdapat kesan kecederaan di belakang badan, punggung dan lengan kanan pelajar terbabit dipercayai dirotan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ujar beliau, mangsa datang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin pada jam 5.33 petang pada hari sama ditemani ibu saudaranya.
Jelasnya, kejadian tersebut disiasat mengikut Seksyen 324A Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 24 2024
Mangsa mendakwa dirotan oleh guru berkenaan yang juga warden asrama bersama rakan-rakannya yang lain kerana tidak menyertai solat tarawih. - Gambar hiasan
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
13 remaja lelaki didakwa bunuh pelajar kolej vokasional
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Polis Sabah tubuh pasukan khas siasat kes pelajar maut dipukul
Polis Sabah menubuhkan satu pasukan petugas bagi memastikan siasatan kes melibatkan pelajar kolej vokasional yang maut dipukul dilakukan secara pantas, profesional dan telus.
Pelajar dakwa cedera dirotan guru kerana tidak solat tarawih
Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian seorang pelajar kolej vokasional di Rompin yang cedera didakwa dirotan guru.
Kes pukul, polis tahan 10 pelajar kolej vokasional
Polis menahan 10 pelajar lelaki di sebuah kolej vokasional di Wangsa Maju, kerana disyaki memukul seorang pelajar lain hingga mencederakan pelajar itu.