awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pukul, polis tahan 10 pelajar kolej vokasional

Bernama
Bernama
23/08/2022
16:37 MYT
Kes pukul, polis tahan 10 pelajar kolej vokasional
Polis menahan 10 pelajar lelaki di sebuah kolej vokasional di Wangsa Maju, kerana disyaki memukul seorang pelajar lain hingga mencederakan pelajar itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 pelajar lelaki di sebuah kolej vokasional di Wangsa Maju, di sini pada Selasa kerana disyaki memukul seorang pelajar lain hingga mencederakan pelajar itu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata penahanan kesemua pelajar berusia 16 hingga 20 tahun itu susulan daripada laporan polis dibuat seorang wanita semalam berkenaan kes itu.
Beliau berkata pengadu seorang wanita tempatan yang merupakan ibu mangsa telah menerima makluman daripada warden asrama mengatakan anaknya tidak sihat dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.
"Mangsa (lelaki) memaklumkan bahawa beliau telah dipukul beramai-ramai oleh rakan-rakan senior kolej semasa berada di surau asrama.
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tulang rusuk, pinggang serta sakit di keseluruhan badan akibat dipukul," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata sehubungan itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya.
Ashari berkata kes ini masih dalam siasatan dan menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
"Tindakan akan diambil kepada mana-mana individu yang melanggar undang-undang tanpa mengira pesalah itu berstatus pelajar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pukul
#pelajar kolej vokasional
#Wangsa Maju
#Polis Daerah Wangsa Maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan