awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar didenda RM5,000 hina Sultan Perak

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2017
07:24 MYT
Pelajar didenda RM5,000 hina Sultan Perak
Tertuduh yang juga merupakan pelajar tingkatan enam sebuah sekolah di Muar, Johor itu didakwa melakukan perbuatan itu di Bandar Baru Medan, Ipoh pada jam lebih kurang 10:30 malam.- Gambar Hiasan
Mahkamah Majistret Ipoh hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 terhadap seorang pelajar yang telah mengaku salah menghina Sultan Perak melalui Twitter, 13 Oktober lalu.
Majistret, Siti Hafizah Jaafar menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Farhan Burhan,19, dan turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.
"Farhan didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya di laman web Twitter miliknya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain," katanya.
Tertuduh yang juga merupakan pelajar tingkatan enam sebuah sekolah di Muar, Johor itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Bandar Baru Medan, Ipoh pada jam lebih kurang 10:30 malam.
Tambahnya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.
Sebelum hukuman itu ditetapkan, tertuduh turut diminta menyebut lima prinsip rukun negara oleh Hafizah dan ditanya mengenai kefahaman dia terhadap kesemua prinsip yang disebutnya itu.
Hafizah menjelaskan tindakan tertuduh itu menyalahi prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#pelajar
#Sultan Perak
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan