SHAH ALAM: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pelajar yang menerima tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia agar tidak menyalahgunakan atau menjualnya.
Beliau berkata pelajar yang menerima peranti percuma itu perlu bertanggungjawab menjaganya dengan baik.
"Besar harapan saya walaupun peranti ini diberikan secara one-off (sekali beri), semua yang menerima harus menjaga peranti itu dengan baik.
"Tidak menyalahgunakan, tidak menjual dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melancarkan inisiatif itu, mengumumkan mahasiswa yang menerima PerantiSiswa tidak perlu memulangkan peranti itu apabila tamat pengajian nanti.
Kerajaan sebelum ini telah menetapkan inisiatif PerantiSiswa itu diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) dan mahasiswa perlu memulangkannya selepas tamat pengajian.
Annuar juga menjelaskan semua peranti tersebut mempunyai waranti selama dua tahun iaitu pelajar boleh membaiki atau mendapatkan peranti baharu jika terdapat sebarang kerosakan dalam tempoh masa tersebut.
Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mempunyai data yang lengkap penerima peranti agar mereka yang telah menerima peranti itu tidak memohon buat kali kedua pada masa hadapan.
"Contohnya mereka memperoleh peranti sewaktu berada di Tingkatan Enam kemudian berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang termasuk dalam program ini, maka mereka sudah tentu tidak perlu memohon lagi," katanya.
Beliau juga memberitahu pengagihan pemberian PerantiSiswa bagi fasa 1 akan diselaraskan bersama IPT di seluruh negara secara serentak termasuk Sabah dan Sarawak agar semua pemohon yang lulus mendapat manfaat secepat mungkin.
Berkenaan pemohon yang gagal secara dalam talian, Annuar berkata K-KOMM akan merujuk kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi mendapatkan perakuan pengesahan tahap pendapatan keluarga pemohon tersebut sebelum meluluskannya.
Sementara itu, beliau juga menjelaskan pengagihan PerantiSiswa dilaksanakan secara berperingkat walaupun mendapat peruntukan secara sekali gus adalah bagi memberi peluang kepada pelajar baharu yang menerima tawaran ke universiti pada suku kedua tahun ini.
Selain itu, katanya ia juga bagi memberikan ruang kepada pembekal peranti berkenaan agar dapat memenuhi 400,000 jumlah peranti yang diminta oleh kerajaan bagi tahun ini.
Beliau memaklumkan kerajaan juga berjaya membuat beberapa penjimatan atas pembukaan tender terbuka sehingga dapat memperluaskan inisiatif itu kepada pelajar golongan lain seperti Tingkatan Enam dan Matrikulasi.
Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ketika berucap pada majlis itu, berharap inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dapat disebar dengan lebih luas yang memanfaatkan 1.6 juta pelajar di lebih 600 IPT seluruh negara.
Katanya, bagi rancangan jangka masa panjang, KPT akan mengangkat aspek keperluan peranti dan akses kepada internet dijadikan sebagai satu daripada fokus dalam Pelan Pendigitalan Pendidikan Tinggi Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pelajar yang menerima tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia agar tidak menyalahgunakan atau menjualnya. - Foto BERNAMA
14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
Skim tanaman semula sawit cecah RM45 juta, meliputi 6,724 hektar - MPOB
Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.
BN tak pernah benarkan mana-mana pihak guna nama, lambang dacing
Barisan Nasional (BN) tidak pernah membenarkan mana-mana pihak untuk menggunakan nama gabungan itu atau lambang daging tanpa merujuk kepada Dewan Tertinggi BN.
Wanita warga emas dibelit ular sawa selama dua jam, selamat
Seorang wanita warga emas di Bangkok berdepan detik mencemaskan selepas seekor ular sawa sepanjang lima meter menyerang dan membelit tubuhnya.
Rakyat Australia dinasihat tinggalkan Lubnan
Kerajaan Australia mengulangi amaran kepada rakyatnya supaya tidak pergi ke Lubnan berikutan letupan peranti komunikasi, lapor Xinhua.
Jumlah korban, mangsa hilang di Myanmar meningkat
Jumlah korban akibat Taufan Yagi di Myanmar kini mencecah 268 orang dengan 88 orang masih hilang, menurut pihak junta.
Tokyo tuntut penjelasan China
Jepun menuntut penjelasan daripada China berhubung kematian seorang pelajar berusia 10 tahun yang ditikam dalam serangan di serangan di bandar Shenzhen, Selatan China.
Majoriti penduduk Singapura sokong pelaksanaan hukuman mati jenayah berat
Hasil tinjauan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) 2023 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan kebanyakan penduduk di negara ini menyokong pelaksanaan hukuman mati bagi jenayah berat.
Angka Kematian di Lubnan Akibat meningkat 25 orang
Jumlah kematian di Lubnan akibat letupan peranti komunikasi terus meningkat kepada 25 orang dengan 608 lagi dilaporkan cedera.
Pelajar diingatkan tidak salah guna, jual tablet PerantiSiswa - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pelajar yang menerima tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia agar tidak menyalahgunakan atau menjualnya.
Mahasiswa tidak perlu pulangkan PerantiSiswa - Ismail Sabri
Penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia kini tidak lagi perlu memulangkan peranti itu, seperti mana yang ditetapkan sebelum ini.
Perdana Menteri lancar inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia esok
PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan diedarkan kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih esok.
Skop kelayakan PerantiSiswa diperluas, agihan fasa pertama bermula bulan ini - Annuar
Skop kelayakan pemberian tablet program PerantiSiswa diperluaskan kepada empat lagi kategori pelajar B40.
K-KOMM pertimbang perluas pemberian PerantiSiswa kepada pelajar institusi selain KPT
Berdasarkan permohonan yang dibuka sejak 15 April lepas, terdapat permohonan daripada pelajar institusi di bawah kementerian lain.
K-KOMM nafi pautan semak kelayakan dan permohonan PerantiSiswa
Ia adalah laman web tidak rasmi individu dan bukan daripada saluran rasmi kementerian.