Skip to main content

Malaysia

Pelajar dirempuh di hadapan surau sekolah dibenarkan keluar hospital

KOTA BHARU, 15 Dis -- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohd Azman Yacob bercakap pada taklimat media mengenai sistem teknologi pembantu pembedahan robotik (ROSA) yang digunakan dalam pembedahan penggantian sendi lutut di Hospital Raja Perempuan Zainab II, hari ini.  --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Dr Mohd Azman (foto) berkata mangsa Zara Aftar Zamzuri, 13, telah menjalani pembedahan membabitkan prosedur tampalan kulit pada cuping telinga, pada 20 April lepas. -Gambar fail/Bernama

KOTA BHARU: Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah dirempuh kereta dalam kejadian di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas pada 12 April lepas, dibenarkan keluar hospital, pada Sabtu lepas.

Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata mangsa Zara Aftar Zamzuri, 13, telah menjalani pembedahan membabitkan prosedur tampalan kulit pada cuping telinga, pada 20 April lepas.

Advertisement

Beliau berkata luka pada telinga mangsa kini bersih tanpa sebarang komplikasi atau jangkitan, namun masih memerlukan pemantauan rapi oleh pakar bedah.

“Beberapa siri rawatan susulan perlu diteruskan, dianggarkan antara empat hingga lima lagi prosedur akan dijalankan kerana ia melibatkan pembedahan,” katanya kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata rawatan psikologi perlu diteruskan melibatkan mangsa serta ahli keluarga, bergantung kepada perkembangan emosi susulan trauma dialami mereka.

Dalam kejadian pada 12 April lepas, seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu seorang guru wanita berusia 57 tahun di SMK Tanjong Mas, di sini.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video