awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Maritim Perak selamatkan kru kapal dagang warga India yang cedera
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar ditemui mati terjerut sebelum berbuka puasa bersama keluarga

Bernama
Bernama
26/07/2014
13:52 MYT
Pelajar ditemui mati terjerut sebelum berbuka puasa bersama keluarga
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan memarahi anak saudaranya yang berumur 8 tahun kerana membuang sampah - Gambar Hiasan
Seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 di Hulu Besut ditemui mati di dalam bilik tidur selepas berlaku perselisihan faham antara mangsa dan ibunya pada kira-kira 7 petang semalam.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan memarahi anak saudaranya yang berumur 8 tahun kerana membuang sampah di depan pintu bilik beliau sebelum ditegur ibunya pada kira-kira 6.30 petang.
Ketika mengesahkan kejadian, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa bertindak mengurung diri dalam bilik sebagai memprotes tindakan ibunya yang dikatakan menyebelahi kanak-kanak terbabit.
Kira-kira setengah jam sebelum berbuka puasa, ibu mangsa menyuruh cucunya memanggil pelajar itu untuk membantu beliau menghidangkan makanan.
"Setelah memasuki bilik ibu saudaranya itu, anak saudara mangsa berlari keluar dari bilik dan memberitahu neneknya yang ibu saudaranya dilihat tidur sambil berdiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noorzainy berkata selepas mendengar kata-kata kanak-kanak itu, ibu mangsa bergegas ke bilik anaknya dan mendapati pelajar terbabit dalam keadaan tergantung sambil berlutut dengan seutas tali terjerut di leher.
Beliau berkata ibu mangsa kemudian membuka tali yang menjerut leher anaknya sambil memaklumkan perkara itu kepada anggota keluarga lain yang menghubungi polis.
Katanya, siasatan awal mendapati tiada unsur khianat berhubung kematian pelajar itu dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Besut
#bumuh
#meninggal dunia
#terjerut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan