awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar IPT meninggal dunia selepas dilapor tidak sedarkan diri

Sinar Harian
Sinar Harian
10/07/2021
21:49 MYT
Pelajar IPT meninggal dunia selepas dilapor tidak sedarkan diri
Pelajar semester ketiga itu dilapor tidak sedarkan diri pada jam 4 pagi di rumah sewanya di Merbok sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim menggunakan ambulans. -Gambar fail
SUNGAI PETANI: Seorang pelajar dari sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Kedah meninggal dunia selepas dilaporkan tidak sedarkan diri pada Jumaat.
Kejadian yang menimpa pelajar semester ketiga itu tular di media sosial dan dia dilaporkan tidak sedarkan diri pada jam 4 pagi di rumah sewanya di Merbok sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menggunakan ambulans.
Berdasarkan laporan yang dimuat naik di media sosial, mangsa dikatakan mengalami sakit kepala dan sempat mengejutkan rakan serumah sebaik dia terjaga dari tidur pada jam 3 pagi.
Mangsa juga dikatakan mengalami muntah dan sawan sebelum tidak sedarkan diri dan dirujuk ke HSAH.
Bagaimanapun imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang dilakukan menunjukkan terdapat pendarahan di bahagian otak dan mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.50 petang Jumaat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Anuar Abd Rahman berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, semakan mendapati, mangsa dimasukkan ke HSAH oleh rakannya dan dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan media dikeluarkan dari IPT tersebut kerana dikatakan masih menunggu laporan penuh perubatan.
Tular di media sosial dakwaan menyatakan seorang pelajar dari sebuah IPT meninggal dunia akibat stress berikutan perlu menjalani kuliah dalam talian selain bebanan tugasan dan persiapan menghadapi peperiksaan akhir.
Artikel asal di Sinar Harian: Pelajar IPT meninggal dunia selepas dilapor tidak sedarkan diri
Topic Berkaitan
#IPT
#pelajar
#peperiksaan
#sakit kepala
#muntah
#Merbok
#pelajar semester ketiga
#Anuar Abd Rahman
#Hospital Sultan Abdul Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan