awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar lemas di air terjun Chemerong, Dungun

Bernama
Bernama
27/03/2016
00:48 MYT
Pelajar lemas di air terjun Chemerong, Dungun
Mayat Mohd Imran Morshidi, 16, ditemui kira-kira 3.30 petang berhampiran lokasi mangsa dilaporkan lemas. - Gambar hiasan
Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi bersama rakannya yang lain di kawasan Air Terjun Chemerong, di sini.
Mayat Mohd Imran Morshidi, 16, ditemui kira-kira 3.30 petang berhampiran lokasi mangsa dilaporkan lemas.
Difahamkan ketika mandi bersama 12 lagi rakannya dari Kemaman, mangsa yang juga merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuang itu lemas selepas terjun dari ketinggian tiga meter ke dalam sebuah lubuk di kawasan tersebut namun tidak timbul selepas itu.
Menyedari keadaan itu, rakannya meminta bantuan pengunjung berdekatan untuk mencari mangsa sebelum mayatnya ditemui lima minit kemudian di dasar lubuk pada kedalaman tiga meter.
Menurut rakannya, Mohd Ikmal Daniel Mohd Razi, 16, mereka pada awalnya bercadang hendak mandi di Air Terjun Menderu, Kampung Chabang, Kemaman.
Namun tidak lama selepas itu mereka menukar fikiran untuk ke sana dan sebelum kejadian mereka sempat makan tengah hari bersama di sebuah kedai berhampiran tempat kejadian.
"Sebaik tiba di kawasan air terjun itu pada 2 petang, saya lihat dia seronok sangat dan saya berpesan jangan terlalu seronok kerana kita berada di tempat orang," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun, di sini, pada Sabtu.
Mohd Ikmal Daniel berkata sebelum itu juga, mangsa sempat berpesan kepada rakan yang lain supaya jangan melupakannya sekiranya dia tiada nanti dan tidak menyangka itu petanda dia akan meninggalkan kami.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Topic Berkaitan
#Air Terjun Chemerong
#Ikmal Daniel Mohd Razi
#Imran Morshidi
#remaja lelaki lemas
#Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan