awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar lemas ketika cuba selamatkan rakan

Bernama
Bernama
29/09/2024
12:53 MYT
Pelajar lemas ketika cuba selamatkan rakan
Wan Mohd Zahari berkata kejadian dipercayai berlaku apabila Muhammad Amirul Fahmie cuba menyelamat dua rakan wanitanya yang dihanyutkan arus di lokasi kejadian. - Gambar Bernama
KUANTAN: Kegembiraan sekumpulan pelajar kolej menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan perkelahan Pasir Puteri, Sungai Lembing di sini hari ini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa, Muhammad Amirul Fahmie Saiful,18, dikatakan pergi ke lokasi itu sekitar 8.30 pagi selepas mendaki Bukit Panorama, di sini bersama lima rakannya masing-masing dua lelaki dan tiga wanita.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila Muhammad Amirul Fahmie cuba menyelamat dua rakan wanitanya yang dihanyutkan arus di lokasi kejadian.
"Kedua-dua rakan wanita mangsa berjaya dibawa ke tebing dengan dibantu rakan lelaki, bagaimanapun mangsa didapati hilang dan dikhuatiri lemas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan melibatkan anggota bomba, orang awam dan rakan mangsa.
"Selepas sejam, mangsa ditemukan pada kedalaman 1.5 meter di lokasi berhampiran dia dilihat kali terakhir dan tidak sedarkan diri dipercayai lemas," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata petugas kesihatan yang tiba di lokasi mengesahkan Muhammad Amirul Fahmie meninggal dunia pada 12.20 tengah hari dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#petugas kesihatan
#SAR
#lemas
#pelajar kolej
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan